THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 19, 2011

episod 8

"Bicara terus aku berbicara walau hanya pada suara hati ini, pada keheningan pagi ini, sememangnya aku tidak ingin melepasakan untuk menghayati perjalanan si matahari di ufuk timur yang mula menampakkkan bulatan penuhnya yang menyerakkan lautan cahaya ke hampir seluruh salah satu kutub ketimuran ini, sesungguhnya jika direnungkan dengan mata hati, terdapat jutaan misteri di sebalik kejadian ini, Maha Agung kekuasaanMu Ya Tuhanku Allah s.w.t., pintalan awan di bentangan langit yang luas seakan-akan ingin melakar sesuatu yang mungkin dapat melemparkan jutaan persoalan ke dalam kotak-kotak pemikiran para 'pendeta'. Deria penglihatanku terus melilau ke serata penjuru ke mana sahaja selagi pandangan ini mampu mencapainya, apa yang dapatku lihat adalah kehijauan alam semula jadi di belakang teratak nenek dan datukku di sebuah kampung.Si ayam mula keluar dari tempat lelapnya, burung-burung mula beterbangan dan kelihatan dari jauh para pembanting kampung yang setia dengan kesederhanaan kerjanya. Sungguh tenang, setenang air di kolam; sungguh damai, sedamai sepoian angin di kala senja, sungguh harmoni, seharmoni alunan semula jadi hutan rimba, dan sungguh peramah warganya,  semuanya sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain......Ina, dapatkah coretan hatiku ini menjadi sesuatu realiti antara kita berdua pada suatu hari nanti, melewati masa-masa indah seperti itu walau terkadang ada keadaan itu munkin bersilih ganti dengan saat yang menyedihkan; apa pun Ina, diri ini percaya bahawa walau apa merintangi hubungan kita ini walau seakan-akan setinggi gunung, sebengis Si Naga(buaya darat), serta seluas lautan; kita akan tetap bersama, 'kan sayang? sayang, betulkan? sayang cakaplah, sayangku Ina kenapa nampak macam muram je ni? jangan sedih i tanya begitu, bukan kesangsian ada pada hati ini untukmu sayang tetapi diri ini lega apabila kata-kata sayangmu terhadapku selalu diunkapkan, ok sayang, kita akan terus bersama, kan sayang? mari sini i tolong lapkan air mata itu, mari sayang.............' Seumpama mimpi dalam mimpi." Khayalanku mati.
Setelah aku menghabis sedikit waktu bersama Ina di rumahnya semalam, aku terus melewati masa-masa malamku di rumah kedua nenek dan datukku di kampung yang terletak kira-kira 20km dari kediamanku. Bayangan senyuman dan sedikit hilai-tawa Ina mula berlegar-legar di fikiranku ini ketika di sampingnya semalam. Sungguh kuat penangan pertemuan pertamaku dengan Ina sehinggakan khayalan bersamanya terbawa-bawa ke dalam lenaku.
Hari raya ke-2 sehinggalah seterusnya adalah tidak ubah seperti hari-hari biasa yang aku lalui sebelum ini di rumah. Kehadiran Ina sebagai 'sang puteri' dalam hidupku ini mengukir seribu ukiran maya indah bagiku dan memberikan makna yang sebelum ini tidak pernah muncul dalam diri ini. Walaupun hanya berkata-kata tanpa bersua muka, bermanja-manja melalui gurauan tawamu, dan terkadang bisikan cintamu terhadapku membawaku seolah-olah melakar sebuah episod cinta 'sang putera dan sang puteri'. Kata orang-orang tua, biasalah kalau dua 'merpati' yang baru kenal, semuanya indah; pandangan bagaikan dipukau-pukau, mana tidaknya, ke mana sahaja kita pergi, kita merasakan si dia bagaikan memerhatikan kita di sekeliling itu; hemahnya: "orang sedang bercinta, semuanya indah".
Bagiku, muak untuk aku mendengar kata-kata begitu yang berbaur nilai sindiran walaupun antonasi dan lentok melodi percakapan agak sopan. Peribahasa ada mengungkapkan, 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang, apa boleh buat' di samping ada pepatah Arab yang memberi gambaran betapa 'sial' Si mulut becok, iaitu 'lidah manusia itu adalah lebih tajam dari mata pedang'. Aku terus memalingkan fikiranku ini ke sesuatu yang lebih positif agar hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih tenang, terutamanya apabila bersama Ina melalui telefon.
Sejak dari pertemuan pertama itu, aku selalu menghabiskan masa cuti raya aidilfitri ini yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini dengan bermesra dan pendek kata 'bermanja' dengan Ina melalui mesej pesanan ringkas, jaringan panggilan telifon, serta tidak ketinggalan juga laman sosial yang agak masyhur di seluruh pelusuk dunia ini,Facebook. Dalam paada itu, niatku untuk bersemuka dengan si cantikku itu ,sebelum aku berangkat ke tempat pengajianku,akhirnya tercapai setelah Ina menerima baik ajakkanku itu. Terima kasih sayangku, Ina.
                                     -16 SEPTEMBER 2010-
Ada apa pada tarikh keramat 16 September 2010 tu.....? 

0 comments: