THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 22, 2011

Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG1

 aliran air di Japanese  tea house
 kat small playground di Chateau de Kolmar
 menggedik sikit
 pool dalam Billard station kat Kolmar Chateau
 tarian Russian Roullette
 bebudak Pre France 8
 Aku, kawan dan dancers
 kawan2
 bersama lacturer
 me and John Christphe
 selesa kat meja pool
japanese tea house


Walaupun Ina tiada di sisi di saat kaki ini melangkah ke salah satu destinasi yang dianggap agak berstatus international, aku meluangkan sedikit waktu untuk tangan ini menaip papan kekunci, sambil otakku ini ligat memilih perkataan yang sesuai lalu disusun menjadi suatu ayat. Ayat demi ayat ku hulurkan buat Ina tulus terbit dari hati yang suram dan syahdu di pagi hening itu(semalam). Aku menyudahkan penghujung penulisanku itu dengan ulangan kata-kata sayang terhadap Ina dan aku semahunya ingin mengulangi bait-bait cinta itu walau sejuta kali yang pasti tidak akan muncul jemu buat diriku untukmu sayangku Ina. Orang kata walau coretan berbisa tidak akan mampu membeli cinta sejati. Apa yang ingin diri ini sampaikan adalah jika, cinta palsu dari hati serta lafaz cinta terhadap seseorang dengan ribuan janji dan kata manis terhadap pasangannya, suatu kepastian iaitu rasa cinta yang sejati dan kehangatan cinta sebenar tidak akan dapat dirasa walau salah satu dari mereka berpaut pada janji dan mengikat janji dengan ikhlas. Ina kita saling cinta-mencintai, kan sayang......
Agak berat buat diri ini untuk melepaskan komputer ribaku itu, jari-jemari bagaikan riang sekali menari-nari di atas butang-butang itu, apakan daya masa selalu mencemburuiku. Masa telah memaksa aku untuk berbuat demikian.
Aku memperkena pakaian yang agak 'simple' iaitu baju T-shirt kuning, seluar jeans, dan 'sneakers' Nike putih. Aku tiada 'mood' nak lebih-lebih dari itu. "More tahn that, wat's for?". Bagiku: diri ini segalanya adalah untuk Ina, dan Ina adalah untuk aku, serta tiada lebih atau kurang dari itu buat kami.
Lawatan ini boleh dikatakan lawatan sambil memerhati keadaan sekeliling di sana dan belajar apa yang ada pada tempat itu mengenai kebudayaan, seni dan informasi umum sebagai ilmu tidak langsung buat aku dan rakan-rakan seangkatan denganku ini sebagai wadah tambahan dalam bidang pelajaran kami. Hal ini kerana jika rezeki daripadaNya memihak diri kami ini, dapatlah kami berpijak dan mengenali negara yang terkenal dengan nakhoda yang mengemudi negaranya walaupun ketinggian fizikalnya yang agak tidak beberapa 'cukup inci'. Nama diberi Napoleon Bonapart.
Cerita ini dimulakan dengan langkah kaki menaiki bas dari Unuversiti kami di dalam kawasan Bandar Baru Bangi ini. Kenderaan yang memuatkan 44 orang orang maksimum itu diisi dengan muatan yang sedikit lebih, dua orang terlebih, mula menyusur kaluar dari pusat pengajian itu, haluan diteruskan memasuki lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban sehinggalah menukar arah pada simpang yang akan membawa kami ke Lebuh Raya Karak. Pemandu bas yang boleh dikatakan dalam 40-an itu tenang memulas 'steering' dan 'gear' sambil kaki sibuk menekan-nekan pedal di bahagian bawahnya; dia mengambil haluan ke arah Kuantan pada mulanya sehinggalah sampai di persimpangan di mana jalan menuju ke Kolmar. Haluan diubah menuju ke destinasi utama kami. Dalam perjalanan kami yang kira-kira mengambil masa 2 jam lebih dengan kelajuan sederhana, kami sempat  membuat 'pit stop' di kawasan rehat dan riadah di Genting Sepah. Di sana kami sudah merasakan kedinginan udara segar yang seakan-akan membelai mulus diri kami ini, pandangan yang hampir keseluruhannya dienuhi oleh  kehijauan semula jadi menaikkan lagi rasa girang perjalanan kami dan kabus yang menhiasi pinggiran bukit-bukau melengkapkan lagi landskap semula jadi ciptaanNya. Sungguh indah sekali. Kami mengisi perut yang 'berkeroncong' dari tadi dengan jamahaan juadah pagi yang ala kadar sahaja. 
Sesampainya kami di sana, bayaran RM12 dikenakan kepada para pelawat yang ingin memasuki kawasan tersebut. Jalan yang kami lalui bermula dari persimpangan masuk ke tempat itu memberi satu pandangan yang agak menakjubkan dengan pengekalan konsep kehijauan semula jadi dan dan perjalan dapat dirasai bagaikan haluan menuju ke istana yang gah berdiri di kota bersejarah di negara yang agak taksub dengan lambang 'The Cock' itu mampu memberikan aura yang agak berlainan kepada kami sebagai pelawat. 
Langkah turun daripada bas itu dimulakan dengan nia agar lawatan ini mampu memberikan sesuatu yang positif kepada diri kami di samping dapat bergembira dan menghilangkan sedikit kekusutan yang sentiasa menjadi peneman tetap di dalam diri kami ini sebagai penuntut di pusat pengajian tinggi. Pukulan rasa mula bermain dihati menanti jawapan apakah masaku di sini dapat melegakan sedikit keresahan rinduku terhadap Ina. Permainan kata terus-menerus barmain di kepalaku ini, berdetap-detap tiada hantinya. Kami membawa haluan masuk bersama-sama ke dalam bangunan yang berkonsepkan gaya raja-raja perancis tradisional. Ciri-ciri itu ada pada struktur bangunan yang menyamai nilai seni yang ada negara asal. akan tetapi keaslian struktur binaan yang asal jauh lebih tinggi nilai seninya dari setiap aspek berbanding dengan binaan tiru bandar klasik Kolmar ini di semenanjung Malaysia.
Dari setiap penjuru dan ruangan di situ nilai budaya dan ciri-ciri pemakaian ala negara tersebut terus dititikberatkan. Bilangan pengunjung pada hari itu agak sederhana dan majoriti bilangannya adalah dalam kalangan warga tempatan serta hanya beberapa kumpulan pengunjung luar negara kelihatan di situ. Lantai jalan bagi para pejalan kaki dibina dengan adunan konkrit asas dibawahnya dan dilapis dengan batuan segi empat kecil dengan corak yang begitu teratur mengikut rekaan bandar asalnya. Aku bersama-sama kawan yang lain melewati setiap sudut yang ada di situ dan menghayati setiap apa yang ada di hadapan kami, senyuman mereka menarik perhatianku membuat sedikit rasa gembira bertandang di hati sebak ini...
Dari jauh aku memerhatikan gelagat mereka yang menunjukkan kegirangan menjadi milik mereka buat saat itu.Kekalutan dan kesulitan dibuang jauh. Sungguhpun begitu berlainan dengan diriku dibebani dengan hujanan rindu yang sentiasa menitis di lubuk hati tiada hentinya, dan sentiasa gerimis yang di dalamnya disisip dengan serakan awanan keresahan penantian diri Ina. Ada orang kata ia hanya 'jiwang karat' semata-mata, bagi diri ini adalah ia adalah satu perancangan dan disusuli dangan kebenaran daripadaNya serta tiada henti suara ini dikunci padu dengan niat yang suci agar tawakal bersama sisipan kesungguhan yang menghiringi harapan untuk bersama Ina pada 'suatu hari nanti'.
Hari mula menunjukkan perubahan menandakan hari mula berganjak ke tengah hari dan sedikit bahang terasa dek kerana perubahan waktu tersebut. Peluh dingin mula kelihatan pada mereka yang berada di sini. Aku terus membiarkan kaki ini melangkah walau di daalam hati ini sebenarnya tiada tujuan untuk ke mana-mana, di beberapa sudut, aku dapat melihat pasangan  sedang berasmara, kemesraan mereka mengajarku erti cemburu dan ketidaksenangan di kala itu. Ribuan perkara menerobos masuk ke dalam fikiran berkisarkan aku dan Ina. Aku cuba mengelakkannya, tiada gunanya. Semakin aku ingin menjauhkan diri daripada merasai begitu semakin aku dihimpit rasa yang tidak menentu. 
Dari laman utama The Chateau de Kolmar, kami bergerak ke kawasan berdekatannya iaitu The Japanese Tea House.Apakah di sana ada sinar yang dapat melekakan aku dari amukan rasa rindu terhadap Ina yang aku sayangi ini......?




0 comments: