THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 17, 2011

episod 7


'Adik oh adik bangun dik....' Ada suara yang bagaikan sedang memanggil-manggilku sayup kedengaran, semakin lama, semakin dapat aku merasakan suara itu semakin dekat dan kuat.'Apa ni, jangan kacau saya, saya letih sangat ni.' Tidak lama kemudian aku mendengar ada beberapa suara yang aku tidak mengecam pemiliknya yang sedang berbual-bual, aku dapat merasakan aku menjadi topik perbualan itu. Mata sukar untuk dibuka. Aku sangat keletihan. Selang beberapa minit mataku celik, aku melihat di sekelilingku dengan cahaya yang berbalam-balam dan agak malap serta kekuning-kuningan. Sebelum itu aku memang tidak sedarkan diri langsung dek terlalu keletihan, dan apabila aku separuh sedar aku tidak dapat mengingati di manakah aku berada. Kemudian aku dapat melihat dua orang dalam lingkungan 40-an berada di tepi tempat dudukku. Mereka mendekatiku, "dia sudah bangun." Kawannya menjawab, "suruhlah budak tu....."
Sebenarnya aku berada di dalam sebuah bas ekspres menuju ke negeriku, dua orang tadi adalah pemandu bas yang mengejutku kerana bas telah selamat sampai di destinasiku. Dari tempat itu, kedua-dua ibu bapaku datang menjemputku untuk pilang, Aku amat gembira kerana dapat melangkah pulang ke rumahku lagi. Hari ini adalah hari terakhir bagi melenkapkan bulan Al-Mubaral ini. Kami sekeluarga pergi ke rumah datuk untuk menikmati juadah buka puasa bersama-sama saudara-mara yang lain. Sungguh meriah pada saat selepas azan magrib dilaungkan pada hari itu, kami dapat bertemu muka antara satu sama lain setelah lama tidak bersua dek kerana sibuk dengan hal masing-masing.
Harinya telah tiba, setelah usai solat subuh aku pergi mendapatkan telefonku, ada beberapa mesej daripada 'puteri kesayanganku', Ina. Ada sedikit pesanan: jangan lupa solat sunat hari raya, jangan lupa bersalam-salaman dengan sanak-saudara dan senyum selalu di hari bahagia ini. Aku tersenyum sendirian. Pesanan ringkas itu membuatku terasa cara dia mengingatkanku itu seakan-seakan berbaur alunan suaranya yang manja dan bagaikan memujukku sesuatu. Kemanjaan dan keayuannya sudah cukup membuat hati lelakiku ini luluh dan simpati akan kehendaknya. "Sayangku, Ina dirimu begitu indah buatku ini...."
Hari raya kali ini macam seperti biasa, semua berjalan seperti hari raya sebelumnya. Bila difikirkan balik, raya sekarang ini semakin bosan pada waktu petangnya.
 Selepas waktu Zohor, tanganku ini 'gatal' aje menelefon kawanku untuk bersama pergi beraya di rimah Ina. Dia bagaikan mengerti amukan rasa rindu dalam diriku ini terhadap Ina lalu bersetuju menemaniku ke sana. Wah, terasa diri begitu bahagia! Dalam perjalanan hatiku melonjak-lonjak tidak sabar bersua dengan yang tersayang. Jari-jemariku sibuk dengan menekan-nekan 'button' telefonku ini, kami mengirim-balas mesej.
Sesampainya aku di 'teratak' Ina, aku mula bedebar-debar, maklumlah pertemuan pertama antara aku dan Ina. Setelah mendengar suara memberi salam, aku melihat seseorang datang ke arah pintu dan semakin dekat semakin jelas rupanya, kepalaku mula membuat perkiraan yang menyatakan dia itu adalah SAYANGku INA. Dalam beberapa saat sahaja aku kaget, mata terus tertancap pada dia tadi, 'wow!', memang tidak salah lagi bahawa gadis yang berdiri di hadapanku ini adalah Ina. Ina sebenarnya lagi cantik dan ayu berbanding dengan gambarnya sendiri di laman sosial 'Facebook'. Ina menjemput kami ke ruang tamu.
Hatiku berbisik liar, mana munkin aku akan mendapatkan Ina sebagai teman perempuanku yang istimewa, diriku mula merasakan serba tidak kena, ribuan persoalan menghentam kotak pemikiranku ini, jiwa mula gundah-gulana, risau diri ini tidak dapat diterima walau sebagai sahabat handai. Di rumahnya, aku dan dua kawanku melabuhkan pungggung di atas sofa dan dijemput ke ruangan makan untuk menjamah juadah hari raya yang dimasak oleh 'umi' dan kakaknya. Aku mengambil tempat paling rapat dengan Ina agar dapat aku merenung wajah indahnya itu dengan lebih dekat. Putih gebu kulitnya. Sambil makan, aku tidak lupa 'control macho' agar penampilanku yang pertama ini di hadapannya memberikan nilai positif kepada hemah Ina nanti. Kami berbual-bual rancak tidak menyedari siang mula merangkak pergi dan malam sebagai pengganti. Pada akhir perbualan antara aku dan Ina, kami mengeluarkan topik tentang 'cinta'. Sejurus itu aku menyusun langkah keluar dengan tenang lalu meninggalkan perkarangan rumah Ina. Menerusi skrin kereta belakang, aku melihat Ina sedang berdiri sambil melihat kereta ini berlalu pergi.
(kini: "Ina, pada saat itu sayang sedih ke? kerana i dapat tengok ada kerut kesayuan pada wajah Ina.....")
Ina, bermula dari detik-detik itu hati lelakiku ini terus mendambarkan kehadiranmu ke dalam hidupku ini......

0 comments: