THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 23, 2011

Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG2

 replika bangunan dalam perancangan
  replika bangunan dalam perancangan
  replika bangunan dalam perancangan
 penunjuk jalan
 ke taman botani dan kedai cendera mata
 pemandangan jauh kota Kolmar
 dataran di hadapan tempat masuk ke bandar Kolmar
 kengkawan PF8-seronoknya diorang-
 swan hitam menghiasi satu sudut binaan itu
 lecturer dan dua jejaka PF8
 pemandangan kota The Chateau de Kolmar dari satu menara tingkat atas
 pemandangan kota The Chateau de Kolmar dari satu menara tingkat tengah

Aku merengus sekejap. Kumpulan kami adalah 47 orang pelajar dan 3 orang pensyarah berbangsa asing telah berpecah kepada beberapa kumpulan di sana. Dari laman utama The Chateau, aku dan beberapa rakan yang lain menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk membawa haluan ke Japanese Tea House. Tempat itu terletak pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan tempat sebelumnya, udara terasa semakin dingin. Kami menikmati perjalanan yang memakan masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke destinasi berikutnya, sepanjang jalan terdapat kelainan pada ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang ada pada pinggiran perjalanan kami dari Lebuh Raya Karak menuju ke laman utama tadi. Terasa kelainannya. Wow terasa begitu teruja.
Setibanya kami di bahagian atas sana, langkah kami terhenti, mangambil masa untuk membuat keputusan jalan yang mana satu akan kami pilih berdasarkan penunjuk jalan yang tersedia ada. Kaki dihayun kuat, langkah disusun rapi tiada longlainya, dan badan bagaikan ditolak-tolak untuk ke haluan pertama: Rumah Teh Jepun yang pertama.
Setelah penat berjalan sambil melihat kelainan serta keindahan flora dan fauna di kawasan ini, kami keletihan. Kami singgah di kedai yang memiliki keluasan yang agak sempit dan berkonsepkan budaya Jepun tradisional. "Allez y...sake, sake....tu veux boire?" Bahasa perancis ditutur penuh dengan pelatnya yang sempurna oleh salah seorang pensyarahku, dan dia sedang mengajak kawan perempuannya untuk masuk ke tempat itu untuk merasai salah satu jenis arak jepun yang boleh dikatakan agak istimewa dan terkenal di Jepun iaitu 'sake'. Aku mengalihkan pandanganku ke sebelah dalam bangunan itu, hampir semua kawanku yang 'KAFIR' sedang leka meneguk 'air setan itu'. Namun begitu aku mampu melafazkan rasa syukur apabila mendapati rakan-rakan seagamaku tiada dalam kumpulan 'si peneguk air setan itu'. Mereka mengambil tempat di suatu sudut yang lain dan menikmati minuman teh hijau yang munkin suatu masa dahulu menjadi adat tradisi bagi kaum negara 'tebit matahari' itu. 
Aku kebosanan. Aku meninggalkan tempat itu lalu menaiki kenderaan penumpang tadi untuk ke laman The Chateau tadi. Kepala aku sibuk dengan wayang-wayang episod lalu antara aku dan Ina. Terkadang, aku merasakan tiada makna sama sekali walau diri ini melewati masa-masa yang ada untuk ke tempat-tempat pelancongan atau dibawa ke bulan sekali pun jika Ina ku ini tiada di sampingku. Kenderaan yang aku naiki tadi berhenti, lamunanku terus berhenti.
Di laman utama itu aku hanya melabuhkan punggungku ini di salah satu tempat duduk dan tertidur, sengsara menahan rasa rindu yang amat sangat terhadap Ina. Ina, diri ini terlalu sayangkan Ina. Aku biarkan usikan imbauan bayangan Ina bersama-sama lenaku tadi.
Di kala mimpi bagaikan suatu ciptaan drama di dalam alam fantasi asyik melayarkan setiap adegan-adegan yang melekakan aku di dalamnya, bahuku dicuit manja. Aku tidak memusingkan terus badanku ini untuk mengetahui siapakah itu, tapi hatiku kuat mengatakan bahawa, dia itu adalah Ina. Yeaw-yeaw Ina. Aku hanya dapat melihat sekejap sahaja, Ina bagaikan hilang, mimpiku tadi tergantung episodnya tatkala kawanku mengejutkanku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Perjalan yang memakan masa beberapa jam itu serta jaraknya telah melebihi 90 kilometer atau dalam bahasa kitab-kitab agama yang melazimkan 90 kilometer itu adalah hampir sama dengan 2 marhalah yang mana telah ditetapkan untuk membenarkan seseorang musafir itu meringkaskan dua solat dalam dua waktu yang berbeza menjadi satu solat dalam satu waktu yang sama.
Kemudiannya, aku diajak rakan-rakanku untuk menonton persembahan di bahagian teengah laman utama itu. Persembahan itu bertemakan tarian ala barat dan terdapat beberapa bentangan kain di atas pentas yang tertera padanya 'Russian Roulette'. Pada akhir acara itu, juru acara menghebahkan satu pengumuman yang membenarkan para penonton untuk bergambar bersama para penari yang ada. Dalam masa yang sama beberapa kawanku mengajak untuk tidak melepaskan peluang itu. Untuk menunggu masa meninggalkan tempat itu kami menghabiskan masa di ruangan permainan video dan pusat snuker. 
Tepat jam 5 petang bas yang kami naiki sudah keluar dari tempat pakir dan bersedia untuk membuat haluan keluar dari tempat itu. Kami meninggalkan tempat itu dengan penuh kenangan yang munkin akan terpahat di sanubari ini pada hari-hari muka yang masih ada. Akan tetapi bagi diriku ini, tiada lain niat di hati ini yang akan membawa aku terus dihujani bayangan harapan yang memungkinkan aku akan ke sini lagi tanpa jiwa kosong sebegini sebaliknya memori aku dan Ina di laman Kolmar ini munkin akan menjadi suatu kenyataan pada suatu hari nanti. Sayangku Ina, akan kita lewati memori-memori yang indah apabila tiba masanya aku di sampingmu nanti........


0 comments: