THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 13, 2011

episod 6

"Aduhai si pari-pari, jika ku melihat mu dalam visual-visual pada skrin televisyen atau kadang-kadangnya pada komputer ribaku, oh sungguh bertuah sesiapa yang dapat mendampingimu, bukan sahaja dapat melihat dirimu yang saban masa dikaitkan dengan kesempurnaan rupa wajah, malah si pari-pari juga bisa menghulurkan bantuan pada waktu seseorang itu dalam kesulitan, seandainya itulah rupa parasmu, diriku ini masih tidak tergugat untuk selalu melihat si dia, 'girl' yang sudah pun mula aku sayangi; jika itulah kemampuanmu, tolonglah diriku agar dapat diriku ini bersamanya selalu....." Bisik hatiku, di kala fikiranku mula tertumpu pada si dia.
        Hari berganti hari dan waktu yang aku tertunggu-tunggu untuk bercuti akan tiba dalam seminggu lagi. Wah, aku sangat gembira. Hati ini girang sekali. Jiwa melonjak-lonjak kesenangan. Sejak akhir-akhir ini, aku sendiri pun tidak berapa pasti apakah yang sedang bermain di dalam hati ini, dapat aku rasakan amukan rasa gemuruh terus menghentam jiwa ini, aku tidak lagi tenang di sini. Aku ingin segera pulang untuk bersua dengan keluargaku dan tidak lupa juga untuk beraya dengan si dia yang cantik jelita. Sebenarnya pusat pengajianku ini terletak di kawasan Bangi, Selangor dan sekarang ini umat islam sedang menjalani ibadat puasa selama sebulan dan jika dicongak balik, tinggal beberapa hari lagi tirai ramadhan ini akan melabuhkan tirai \keberkatannya.
        Pada saat-saat akhir begini, aku juga turut meluangkan masa petangku untuk melewati keriuhan di bazar-bazar ramadhan yang berdekatan dengan tempat aku bermastautin. Dalam pada itu aku juga turut melangkah ke kedai-kedai pakaian dan juga butik di dalm beberapa pasaraya di kawasan ini, sudah lama aku tidak merasakan saat-saat begini, walau hanya merasanya tanpa keluarga di sisi. Aku melihat ramai si kecil bersama-sama ibu bapanya, merengek-rengek dalam memilih sepersalinan buat hari suci itu, kemudiannya, terdetik di hati lelaki ku ini, "Wow, bahagianya mereka, dapatkah aku akan merasa kehangatan cinta dan hubungan seperti itu di samping ina.....?" sedikit rasa cemburu mula menyelinap ke seluruh tubuhku, "Argggghhh, cukup sudah, asyik berangan je aku ni!" Aku mula memalingkan fikiranku.
      Sedang aku berjalan mundar-mandir, aku terfikir, ada baiknya aku membeli buah tangan untuk si dia sebagai hadiah pertemuan yang pertama. Aku gembira. Namun begitu, aku tidak dapat meneruskan niat itu dek kerana tubuhku yang sebatang kera ini mula merasakan letih yang amat sangat, langkah longlai disusun tidak sekata menuju ke kenderaan bertayar empat; maklumlah, 'puasa ikhlas'. Tiba-tiba aku berada di suatu taman yang agak sunyi, perkarangannya sungguh indah bagaikan 'taman-taman syurga', dihiasi dengan kuntuman bunga yang bewarna seakan-akan lembut pada pandangan, bunyi sayup-sayup kicauan burung dari jauh melengkapkan satu suasana yang cukup romantis.Akan tetapi, aku berfikir, pendek kata 'akal Mat Jenin', jika ada Si Romeo di sini, mana perginya Si Juliet?
       Aku mula bosan di situ. Bagaikan ada yang menyuruhku untuk bersuara, lalu aku suaraku keluar dengan merdu menyanyikan lagu-lagu bermelodikan seakan-akan melankolik serta mendayu-dayu, aku bagaikan tidak percaya dengan semua ini.Tiba-tiba ada yang turut sama bernyanyi, aku mula kaget.Selepas itu aku memberanikan diri untuk menoleh ke semua arah untuk mengetahui dari manakah datangnya suara merdu dan misteri itu. Di celah-celah pokok dapat ku lihat semakin jelas, ada seorang perempuan yang sedang melankah perlahan sambil mengalunkan laguku tadi, dalam jarak yang agak dekat aku dapat ,melihat dirinya. Alangkah gembiranya diri ini,'bagaikan bulan jatuh ke riba'; Ina, si dewi hatuku sudah tercegat di hadapanku. Rinduku mula terubat.
        Dalam masa yang sama, aku terus meninggalkan tempat dudukku dan mendapatkannya, lalu aku memeluknya sambil menahan air mata yang mencurah-curah keluar seakan tidak akan berhenti, dirinya turut begitu. Aku dapat merasakan kehangatan tubuhnya lalu aku merasakan bagaikan rasa sayangnya terhadapku mula menyusur ke seluruh urat sarafku dan bagi aku, ingin melihat aku si dia turut merasa dirinya sangat disayangi serta saat itu dapat membuatnya tenang dan merasakan bahang cintaku ini terhadapnya. Dari jauh, aku mendengar ada seseorang memanggil-manggil namaku. Semakin lama, semakin dekat dan kuat suaranya. Aku juga merasakan batang tubuhku ini digoyang-goyang.Aku mula pelik dan bermonolog buat seketika. Rupa-rupanya, saat indah itu tadi adalah hanya satu mimpi.
       Aku menanti hari esok, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kota raya ini buat seketika kerana musafir ini ingin pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut lebaran kali ini dengan penuh bermakna. Di samping itu, ingin mengambil sedikit masa pada hari raya nanti agar dapat aku berjumpa dan beraya di rumah 'bakal mertua'. Sekiranya aku dapat sampai ke rumah itu, saat itu adalah kali pertama aku melihat dirinya secara bersemuka. Sebelum ini, aku hanya menatap wajah ayu itu hanya pada skrin telefon bimbitku sahaja.
      Hari untuk pulang sudah tiba. "Oh....Oh.....Oh.....balik kampung.....!!!" Girang sekali hati ini."Sayangku, Ina, tunggu tau pangeranmu ini pasti akan pergi bertemu dengan mu, tunggu ya sayang, kejap je lagi......"

   

0 comments: