THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 12, 2010

episod3

Laman sosial melalui jaringan internet y menemukan daku dengan si dia cantik molek y asalnya sama dengan tempatku juga iaitu ‘Negeri Che Siti Wan Kembang’ dan laman ini juga adalah salah satu cara kami berhubung. Kata-kata terus ku hulurkan kpd nya melalui peti mesej yang telah tersedia ada pada laman itu. Dia menyambut khabar-khabarku y tidak seberapa itu dengan baik sekali, aku gembira. Bukan setakat itu, pada kesempatan ini juga dia sisipkan ke dalam mesej balasnya kepadaku dengan sedikit pujian sebagai tanda terima kasihnya kepada insan tak seberapa ini. Aku terima itu dengan suatu kesyukuran kerana aku rasa dia mendapat sesuatu y positif daripada apa y telah aku kirimkan untuknya melalui rangkaian maya itu.
Selang beberapa minggu daripada itu aku dapat tahu bahawa, ‘taufan’ y datang, tidak dijemput datang bagaikan ingin merobek hubungan si dia dengan ‘pak we’nya sewaktu dia merasakan cintanya sedang subur, dia tergamam. Oleh sebab itu, keadaan sebegitu memaksa aku untuk menjauhkan diri daripadanya pada saat itu , takut-takut aku dianggap punca dalam masalah mereka. Akan tetapi, tika keharuan itu, bicaranya kepadaku bahawa dia buntu dan hanya dapat merasakan jasad dan jiwanya hanyalah kosong lalu dengan rasa simpatiku yang tidak berbelah bagi, 'ku hulurkan tangan walau hanya dapatku beri sekelumit bantuan' . Aku hanya mewatakan aku ini sebagai orang biasa dan menasihatinya dengan baik. Dalam masa yang sama aku juga harus menjaga tata susila dan gerak laku agar tidak dianggap sebagai penyebab kehancuran hubungan si dia dengan pasangannya. Tidak lama kemudian aku difahamkan melalui komen-komen pada laman yang agak masyhur dan ‘masyhuk’ dalam kalangan remaja-remaja pada era ini yang menunjukkan dia bergaduh besar dengan budak lelaki tersebut, persepsi ini dapatku tintakan pada suatu penulisan bagaikan kapal yang usang dimakan dek anai-anai yang hanya mampu menunggu kebinasaannya pada hari akhir hayatnya. Dan hubungan itu memang sudah tidak diselamatkan lagi dan terus retak serta hancur ketika itu juga. Hati 'si hawa'y penuh dengan kelembutan terus merintih apakah silapnya adakah wujud keegoannya yeng melampau dalam hubungan lampaunya. Air mata sebagai teman y susah untuk dirinya pisahkan pada detik itu. Memori-memori y indah berbaur gembira bersilih ganti dengan hentaman saat-saat hitam di dalam kotak pemikirannya. Kepiluan mula menerobos ke seluruh pelusuk urat-urat saraf membuatkan dia tidak sedar bahawa dengan kemurungan itu mampu mengheretnya ke dalam masalah y lebih serius. Mindanya mula mengerahkan kemampuan pemikirannya agar mampu mencari apakah alamat asal sebenarnya berlaku sedemikian. Dia mula memujuk dirinya agar menerima kenyataan di mana hubungan y dia impi-impikan sebelum ini sudah pun berkubur. Tiap kali dirinya dilewati kenangan-kenangan lalu, ia selalunya berakhir dengan rembesan air matanya menuruni alur-alur di pipi gebunya itu. Hati perempuan ini sensitif, lalu wujud rasa keperihatinan terhadapnya kerna dirinya ditinggalkan bersahaja, tidakku sanggup melihat dia bersedihan lagi, inginku tatap wajahnya y ceria dulu, bibir merah jambu merekah y selalu senyum, sedikit lesung pipit menyerikan lagi rautnya, kulit y putih gebu menyerlahkan lagi kewanitaannya yang asli, matanya y memiliki bentuk kacang hazel menyempurnakan lagi keayuan pada dirinya. Aku rindu pada raut wajah sedemikan agar itu menjadi miliknya lagi.

0 comments: