THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 12, 2010

episod 4

“huh!” tiada ungkapan utama ingin hatiku berbicara di kala ini hanya dengusan demi dengusan sahaja mampu mulutku hamburkan dalam kesunyian ini. Diriku keseorangan di suatu sudut dalam bangunan penempatanku itu, sengaja aku melabuhkan punggung di salah satu satu anak tangga di situ dek kerana aku bagaikan kepingin suatu kesunyian yang dapat membawaku untuk berfikir tentang diri si dia dengan lebih waras. Bayu malam turut membawa kedingan malam membelai lembut kulitku ini, adoi syahdunya malam ini. Aku lemparkan pandangan aku ini jauh ke suatu tempat yang tidak pasti sehinggakan pandangan ke jarak infiniti itu telah menghanyutkan aku ke suatu fantasi lain,denagn kata lain dimensi dunia yang hanya dicipta oleh mindaku sendiri lalu aku lali dalam dunia itu. Sungguhpun begitu aku masih lagi berfikir tentang sesuatu realiti yang waras pada logik akal manusia. Fikiran aku terus berpaksi pada masalah si dia y ditinggalkan oleh pasangannya. Aku mendapat tahu bahawa keretakan hubungan mereka bermula setelah si jantan itu mula main kayu tiga, pada hemah aku itu yang aku dengar cerita, manalah tahu si jantan itu sudah main berapa kayu sudah sebelum ini. “kah, kah, kah, kah!!!!” Berdekah-dekah hatiku gelak memikirkan semua itu. Tidakku pasti apakah sebab dekahan itu. Sebenarnya aku kenal dengan mamat itu, dulu semasa aku satu tempat pengajian dengan mamat tersebut, dia macam biasa dan aku dapat gredkan mamat itu dengan gred B negatif setengah. Pada masa itu, aku nampak mamat itu macam ‘skema’ dan bukan kaki perempuan tapi sangkaan aku melencong jauh kerna ragam dia sebenarnya adalah seseorang yang suka mewatakkan dirinya bersahaja tetapi tidak ubah bak api dalam sekam, dan sekarang dapat kulihat semua perempuan y cun ingin disapunya. Ada juga khabar-khabar angin yang tidak aku pasti dari mana datangnya yang tanpa segan silu bertandang ke cuping telingaku ini, ucapnya: “ala, mamat tu dah lain macam sejak u kuar dari tempat pengajian tu lagi, dia seolah-olah memanfaatkan statusnya sebagai kapten pasukan permainan itu untuk mengankat dirinya dalam masyarakat dan ingin menarik perhatian perempuan-perempuan y ada, kalau boleh biar semua ‘cewek’ satu Malaysia tengok dia, ha,ha,ha….Malaysia boleh, dia pun bajet boleh gak….”
Rasa kasihan aku dapat ku rasakan mula menghilang terhadap diri si dia sebaliknya rasa sayang mula menyelinap masuk ke dalam diriku kepada dirinya. Liuk –lentok alunan angin malam mula berubah tidak menentu arahnya, kepalaku mula sedar dari lamunan, kakiku dapat ku rasakan sudah berpijak di bumi yang nyata. Akan tetapi dia masih dalam kotak mindaku lagi. Hatiku mula mengatakan yang aku mula suka akan diri si dia, ciri-ciri dalaman serta luarannya mula memukau diriku ini. Sifat manja kewanitaannya mula menggugatkan naluriku kejantananku, pendek kata cair aku dibuatnya. Pada masa yang sama bait-bait persoalan bagaikan menghentam keras dalam ruang pemikiranku ini, “aku ni perampas?”, “apakah dia anggap aku di sisinya?”, “betulkah rasa sygku adalah kebenaran sayangku pada si dia?”, dan pelbagai lagi sisipan-sisipan ‘description’ mula menerawang dalam ruangan mindaku. Arghhhhhh! Aku bingung!

0 comments: