THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 12, 2010

episod 2

Inginku teruskn sedikit lagi tentang ceritaku ini….
“haru-biru, hiruk pikuk, porak-peranda, mala-petaka, mahu pun bala-bencana bagaikan realiti yang wujud pada ku walaupun hanya sebagai penuntut ilmu peringkat sedikit tinggi je kot,hu3….”
Orang ckp sume tu normal ler sbg pelajar. Tambah lagi aku ni pelajar pd peringkat ni banyak gak dugaan nye apa y aku nak kongsi kat cni pasal cerita fitrah manusia sbg ‘adam dan hawa’ dalam arena ‘studen life’…
Telah ku madahkan khabarnya tentangku dengan dia dalam episod penulisan aku y lalu. Pada tika itu si dia sudah pun berpunya, tp dia cakap dia selesa dengan aku munkin kerana sedikit pandai dalam menasihatinya dan sedikit pedoman hidup(kononnya). Justeru diriku ini pun sama juga merasakan tidak lebih daripada beranggapan sbg kwn atau pun boleh dikatakan tak ubah seperti adik dan abg y selalu memberi tunjuk ajar dalam bidang pengajian,dapat aku kongsi sesuatu selagi mana dalam pengetahuanku. Hal ini dek kerana sudah kelaziman aku rasanya y mana aku suka tolong orang y betol-betol dahagakan ilmu tidak kira lelaki,perempuan, tua atau muda setakat yang aku mampu. Sebaliknya diriku y kerdil ini boleh dikatakan gemar juga berdampingan dengan orang y telah berjaya atau seseorang dikenali dengan status ilmuan tidak kira dari peringkat rendah mahu pun di peringkat y lebih tinggi. Semakin lama aku mula merasakan aku begitu bersemangat menyokongnya dalam menimba ilmu. Buat pengetahuan, dia masih menuntut d peringkat lebih rendah berbanding dgn ku atas dasar usiaku lebih tua drpnya sebaliknya bukan atas dasar kepandaian yang ada padaku atau sebagainya.
“u, u ni dah kiranya kat sekolah y agak bagus n environmentnya sudah pun tiptop, so guna betol2 peluang ni untuk u menempah tiket kemenangan agar u dpt dtwrkan d tempat-tempat pusat pengajian tinggi yang lebih gah di dalam atau pun d luar negara, u boleh punya….”
Begitulah lebih kurang perkataan-perkataaan yang pernah aku ungkapkan untuknya. Jauh d corong telefon ku dengar hengusan nafasnya dan dia sedikit bersuara menandakan setuju dengan pendapatku itu, bagiku semua itu menggambarkan kesungguhannya dalam bidang pengajiannya. Kandang-kadang imaginasiku ini melilau jauh sehinggakan bagaikan dapat melihat si dia tengah senyum jadi bibirku jua turut tersengih. Rentetan, hatiku bagai bersuara... “Hi,hi,hi…..” Aku mengelamun...
Selalunya lamunanku akn padam apabila kengkawanku mula melemparkan suatu pandangan y pelik padaku.Jadi, mulalah aku kelam kabut buat-buat sibuk tengah buat kerja. Jika difikirkan balik, perkara itu agak memalukan dan lucu pun ada. Sejak kebelakangan ini situasi menjadi agenda sebagai wadah pengisian masa-masa terluang aku, apa y penting aku gembira dengan perkara tersebut. Walaupun begitu rasa aku terhadapnya tetap masih sama iaitu sabagai sahabat..."Awak, awak, saya suka berkawan dengan awak..."

0 comments: