THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Wednesday, August 24, 2011

bersuara lagi setelah sekian lama membisu.....





Orang kata nak mulakan makan seeloknya ada pembuka selera, begitu juga dengan tingkah bicara kita, tambahan lagi sudah lama menyepi. Salam ku hulur buat teman pembaca, maaf dipinta sekiranya ada y terasa selama ini, madah ku bermadah lagi selagi diri diingini begini.....
Sebenarnya, sedar tak sedar sudah hampir 6 atau 7 bulan hamba tidak mengarang di laman blog ini, halnya adalah sibuk dengan isu pengajian yang memaksa aku meminggirkan blog ini seketika waktu. Jika diringkaskan, bermula pada febuari 2011 hamba begitu tergesa-gesa dengan timbunan kerja-kerja pengajian, ditambahkan lagi  berdozen-dozen helaian nota dan latihan kena hamba habiskan dek kerana 'determination' y tinggi untuk berjaya dalam ujian akhir pada akhir may 2011. Itulah semua akan menentukan nasib hamba samada dapat menjejak kaki ke negara orang atau sebaWalaupun begitu, sempat lagi aku menyakat ina, "sayang. sayang ok kan kalau B pergi belajar jauh, sayang boleh tunggu B kan?" semua ini demi masa depan dan peluang sebegini bukannya selalu singgah dalam meniti masa hidup kita ini. Ina setuju. Hamba pun melalui minggu-minggu akhir di tempat pengajian dengan penuh semangat dan melepasi hari-hari yang payah ketika menduduki peperiksaan akhir.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan hamba dapat melanjutkan pengajian ke luar negara. Bagi hamba, seorang pelajar yang kurang dari segi kebijaksaan semulajadi amat bersyukur mendapat peluang ini dan hamba tahu ramai pelajar-pelajar lain mengabarkan apa lah sangat kalau dapat belajar di luar sana, ujian-ujian untuk melepasi tahap ke sana pun tidaklah begitu sukar. Lagi pun, hamba datang dari keluarga yang miskin, jadi tidak mungkin hamba dapat melangkah ke negara orang dengan wang famili hamba.
Hamba meninggalkan tanah tempat lahir tepat jam 11 malam pada 19 April 2011. Perasaan begitu hiba dan pilu, hamba teringatkan famili dan hamba terlalu rindukan cik adik manis, Ina.
Bermula dari tarikh itu, bermulalah persepsi berlainan dalam menjalani hidup di negara orang, negara di mana suatu ketika dahulu terkenal dengan tokoh pahlawan yang bernama Napoeon Bonnapart.

Saturday, March 26, 2011

argggghhhhhh

kali ni nak guna bahase agak tidak seberapa ok kot. Ada sorang mamat ni kat fb cam nak kacau wa punya awek bai, waduh, wa bingit bai, lu tau tak lu manyak langsi ma. Lu da bikin wa panasssss je. Mata wa da tengok lu macam semut je even lam fb. Wa may b x tau niat lu sapa awek wa lam fb, lu ingat wa xtau, bleh bla la wey. Wa ase lu ingat lu ada jawatan kat u sana lu bleh bikin sume awek sangkut, lu ingat cket, lu tu 'jambu'. Wa xnak cakap besar, tapi wa ase lau lu wa hempuk, lu malu bai depan awek2 lain. Amacam, lu ingat wa goyang ke pe, lu ingat, lau lu langkah lg depan, lu da utang sama wa, wa cari lu bai, wa pasti cari lu, wa mau tau lu duk study mana, mana? wa ase Melaka, lu ase wa betol x....ha3....wa x maen2 ni, lau lu ase lu pndai main petrol ngan api, wa bleh join, wa bleh bikin lu ase apa itu panas, lu memang manyak langsi la kawan......wa ase lu balik lar, wa xnak lu susah nanti, awek wa jangan lu kacau...wa ase wa da sound lu, so lau lu ase nak tunjuk belang, wa leh pom ase nak tunjuk taring........

Friday, January 28, 2011

secebis bingkisan ke i-city.....namun,"di manakah Ina ku?" hatiku merintih untuk bersamanya....


















Wednesday, January 26, 2011

Kebahagiaan yang selama ini ku dambarkan.......

......tiada debunga menandingi seharum cinta kita,
tidak akan ada lautan seluas hamparan kemesraan kita,
tidak pernah berubah kata hati ini walau ada bicara palsu ini terhadap kita,
setidaknya kehangatan api cinta sentiasa membara walau kejauhan antara kita,
ketiadaanmu sekilas pandang amukan rindu meratah jiwa kita,
tidak akan pernah si badai dapat menguji keabadian cinta kita,
lalu sesunggunya kita adalah kita........

......ada petala 7 langit dan bumi untuk dibicara,
seadanya itu membuatkan lafaz cinta 'sokmo' gah pada bicara,
seadanya wadah dicemburui masa untuk kita bersua gembira,
tiada apa yang menghalang kata cinta pada hati gelora,
mengada-ada serta watak manjamu penghibur hati lara,
berbeda nyata pada sifat bidadarimu sentiasa terpelihara,
lalu bibirku bersaksi demi kemegahan cinta si Putera......

....inginku coret hari muka bersama,
inginku katakan ianya seindah syurga,
inginku lukiskan kehidupan episod cinta,
 inginnya dikau tahu dunia cinta hari depan kita,
 inginku letakkan hikayat maya itu pada setiap bicara,
lalu ku simpulkan jutaan kata ini dalam satu kata cinta,

 ...aku persembahkan dambaan cinta ini untuk mu demi kita bersama,
agar kesempurnaan kebahagiaan yang kita dambarkan akan tersemat seabadinya antara kita..........


Sunday, January 23, 2011

Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG2

 replika bangunan dalam perancangan
  replika bangunan dalam perancangan
  replika bangunan dalam perancangan
 penunjuk jalan
 ke taman botani dan kedai cendera mata
 pemandangan jauh kota Kolmar
 dataran di hadapan tempat masuk ke bandar Kolmar
 kengkawan PF8-seronoknya diorang-
 swan hitam menghiasi satu sudut binaan itu
 lecturer dan dua jejaka PF8
 pemandangan kota The Chateau de Kolmar dari satu menara tingkat atas
 pemandangan kota The Chateau de Kolmar dari satu menara tingkat tengah

Aku merengus sekejap. Kumpulan kami adalah 47 orang pelajar dan 3 orang pensyarah berbangsa asing telah berpecah kepada beberapa kumpulan di sana. Dari laman utama The Chateau, aku dan beberapa rakan yang lain menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk membawa haluan ke Japanese Tea House. Tempat itu terletak pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan tempat sebelumnya, udara terasa semakin dingin. Kami menikmati perjalanan yang memakan masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke destinasi berikutnya, sepanjang jalan terdapat kelainan pada ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang ada pada pinggiran perjalanan kami dari Lebuh Raya Karak menuju ke laman utama tadi. Terasa kelainannya. Wow terasa begitu teruja.
Setibanya kami di bahagian atas sana, langkah kami terhenti, mangambil masa untuk membuat keputusan jalan yang mana satu akan kami pilih berdasarkan penunjuk jalan yang tersedia ada. Kaki dihayun kuat, langkah disusun rapi tiada longlainya, dan badan bagaikan ditolak-tolak untuk ke haluan pertama: Rumah Teh Jepun yang pertama.
Setelah penat berjalan sambil melihat kelainan serta keindahan flora dan fauna di kawasan ini, kami keletihan. Kami singgah di kedai yang memiliki keluasan yang agak sempit dan berkonsepkan budaya Jepun tradisional. "Allez y...sake, sake....tu veux boire?" Bahasa perancis ditutur penuh dengan pelatnya yang sempurna oleh salah seorang pensyarahku, dan dia sedang mengajak kawan perempuannya untuk masuk ke tempat itu untuk merasai salah satu jenis arak jepun yang boleh dikatakan agak istimewa dan terkenal di Jepun iaitu 'sake'. Aku mengalihkan pandanganku ke sebelah dalam bangunan itu, hampir semua kawanku yang 'KAFIR' sedang leka meneguk 'air setan itu'. Namun begitu aku mampu melafazkan rasa syukur apabila mendapati rakan-rakan seagamaku tiada dalam kumpulan 'si peneguk air setan itu'. Mereka mengambil tempat di suatu sudut yang lain dan menikmati minuman teh hijau yang munkin suatu masa dahulu menjadi adat tradisi bagi kaum negara 'tebit matahari' itu. 
Aku kebosanan. Aku meninggalkan tempat itu lalu menaiki kenderaan penumpang tadi untuk ke laman The Chateau tadi. Kepala aku sibuk dengan wayang-wayang episod lalu antara aku dan Ina. Terkadang, aku merasakan tiada makna sama sekali walau diri ini melewati masa-masa yang ada untuk ke tempat-tempat pelancongan atau dibawa ke bulan sekali pun jika Ina ku ini tiada di sampingku. Kenderaan yang aku naiki tadi berhenti, lamunanku terus berhenti.
Di laman utama itu aku hanya melabuhkan punggungku ini di salah satu tempat duduk dan tertidur, sengsara menahan rasa rindu yang amat sangat terhadap Ina. Ina, diri ini terlalu sayangkan Ina. Aku biarkan usikan imbauan bayangan Ina bersama-sama lenaku tadi.
Di kala mimpi bagaikan suatu ciptaan drama di dalam alam fantasi asyik melayarkan setiap adegan-adegan yang melekakan aku di dalamnya, bahuku dicuit manja. Aku tidak memusingkan terus badanku ini untuk mengetahui siapakah itu, tapi hatiku kuat mengatakan bahawa, dia itu adalah Ina. Yeaw-yeaw Ina. Aku hanya dapat melihat sekejap sahaja, Ina bagaikan hilang, mimpiku tadi tergantung episodnya tatkala kawanku mengejutkanku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Perjalan yang memakan masa beberapa jam itu serta jaraknya telah melebihi 90 kilometer atau dalam bahasa kitab-kitab agama yang melazimkan 90 kilometer itu adalah hampir sama dengan 2 marhalah yang mana telah ditetapkan untuk membenarkan seseorang musafir itu meringkaskan dua solat dalam dua waktu yang berbeza menjadi satu solat dalam satu waktu yang sama.
Kemudiannya, aku diajak rakan-rakanku untuk menonton persembahan di bahagian teengah laman utama itu. Persembahan itu bertemakan tarian ala barat dan terdapat beberapa bentangan kain di atas pentas yang tertera padanya 'Russian Roulette'. Pada akhir acara itu, juru acara menghebahkan satu pengumuman yang membenarkan para penonton untuk bergambar bersama para penari yang ada. Dalam masa yang sama beberapa kawanku mengajak untuk tidak melepaskan peluang itu. Untuk menunggu masa meninggalkan tempat itu kami menghabiskan masa di ruangan permainan video dan pusat snuker. 
Tepat jam 5 petang bas yang kami naiki sudah keluar dari tempat pakir dan bersedia untuk membuat haluan keluar dari tempat itu. Kami meninggalkan tempat itu dengan penuh kenangan yang munkin akan terpahat di sanubari ini pada hari-hari muka yang masih ada. Akan tetapi bagi diriku ini, tiada lain niat di hati ini yang akan membawa aku terus dihujani bayangan harapan yang memungkinkan aku akan ke sini lagi tanpa jiwa kosong sebegini sebaliknya memori aku dan Ina di laman Kolmar ini munkin akan menjadi suatu kenyataan pada suatu hari nanti. Sayangku Ina, akan kita lewati memori-memori yang indah apabila tiba masanya aku di sampingmu nanti........


Saturday, January 22, 2011

Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG1

 aliran air di Japanese  tea house
 kat small playground di Chateau de Kolmar
 menggedik sikit
 pool dalam Billard station kat Kolmar Chateau
 tarian Russian Roullette
 bebudak Pre France 8
 Aku, kawan dan dancers
 kawan2
 bersama lacturer
 me and John Christphe
 selesa kat meja pool
japanese tea house


Walaupun Ina tiada di sisi di saat kaki ini melangkah ke salah satu destinasi yang dianggap agak berstatus international, aku meluangkan sedikit waktu untuk tangan ini menaip papan kekunci, sambil otakku ini ligat memilih perkataan yang sesuai lalu disusun menjadi suatu ayat. Ayat demi ayat ku hulurkan buat Ina tulus terbit dari hati yang suram dan syahdu di pagi hening itu(semalam). Aku menyudahkan penghujung penulisanku itu dengan ulangan kata-kata sayang terhadap Ina dan aku semahunya ingin mengulangi bait-bait cinta itu walau sejuta kali yang pasti tidak akan muncul jemu buat diriku untukmu sayangku Ina. Orang kata walau coretan berbisa tidak akan mampu membeli cinta sejati. Apa yang ingin diri ini sampaikan adalah jika, cinta palsu dari hati serta lafaz cinta terhadap seseorang dengan ribuan janji dan kata manis terhadap pasangannya, suatu kepastian iaitu rasa cinta yang sejati dan kehangatan cinta sebenar tidak akan dapat dirasa walau salah satu dari mereka berpaut pada janji dan mengikat janji dengan ikhlas. Ina kita saling cinta-mencintai, kan sayang......
Agak berat buat diri ini untuk melepaskan komputer ribaku itu, jari-jemari bagaikan riang sekali menari-nari di atas butang-butang itu, apakan daya masa selalu mencemburuiku. Masa telah memaksa aku untuk berbuat demikian.
Aku memperkena pakaian yang agak 'simple' iaitu baju T-shirt kuning, seluar jeans, dan 'sneakers' Nike putih. Aku tiada 'mood' nak lebih-lebih dari itu. "More tahn that, wat's for?". Bagiku: diri ini segalanya adalah untuk Ina, dan Ina adalah untuk aku, serta tiada lebih atau kurang dari itu buat kami.
Lawatan ini boleh dikatakan lawatan sambil memerhati keadaan sekeliling di sana dan belajar apa yang ada pada tempat itu mengenai kebudayaan, seni dan informasi umum sebagai ilmu tidak langsung buat aku dan rakan-rakan seangkatan denganku ini sebagai wadah tambahan dalam bidang pelajaran kami. Hal ini kerana jika rezeki daripadaNya memihak diri kami ini, dapatlah kami berpijak dan mengenali negara yang terkenal dengan nakhoda yang mengemudi negaranya walaupun ketinggian fizikalnya yang agak tidak beberapa 'cukup inci'. Nama diberi Napoleon Bonapart.
Cerita ini dimulakan dengan langkah kaki menaiki bas dari Unuversiti kami di dalam kawasan Bandar Baru Bangi ini. Kenderaan yang memuatkan 44 orang orang maksimum itu diisi dengan muatan yang sedikit lebih, dua orang terlebih, mula menyusur kaluar dari pusat pengajian itu, haluan diteruskan memasuki lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban sehinggalah menukar arah pada simpang yang akan membawa kami ke Lebuh Raya Karak. Pemandu bas yang boleh dikatakan dalam 40-an itu tenang memulas 'steering' dan 'gear' sambil kaki sibuk menekan-nekan pedal di bahagian bawahnya; dia mengambil haluan ke arah Kuantan pada mulanya sehinggalah sampai di persimpangan di mana jalan menuju ke Kolmar. Haluan diubah menuju ke destinasi utama kami. Dalam perjalanan kami yang kira-kira mengambil masa 2 jam lebih dengan kelajuan sederhana, kami sempat  membuat 'pit stop' di kawasan rehat dan riadah di Genting Sepah. Di sana kami sudah merasakan kedinginan udara segar yang seakan-akan membelai mulus diri kami ini, pandangan yang hampir keseluruhannya dienuhi oleh  kehijauan semula jadi menaikkan lagi rasa girang perjalanan kami dan kabus yang menhiasi pinggiran bukit-bukau melengkapkan lagi landskap semula jadi ciptaanNya. Sungguh indah sekali. Kami mengisi perut yang 'berkeroncong' dari tadi dengan jamahaan juadah pagi yang ala kadar sahaja. 
Sesampainya kami di sana, bayaran RM12 dikenakan kepada para pelawat yang ingin memasuki kawasan tersebut. Jalan yang kami lalui bermula dari persimpangan masuk ke tempat itu memberi satu pandangan yang agak menakjubkan dengan pengekalan konsep kehijauan semula jadi dan dan perjalan dapat dirasai bagaikan haluan menuju ke istana yang gah berdiri di kota bersejarah di negara yang agak taksub dengan lambang 'The Cock' itu mampu memberikan aura yang agak berlainan kepada kami sebagai pelawat. 
Langkah turun daripada bas itu dimulakan dengan nia agar lawatan ini mampu memberikan sesuatu yang positif kepada diri kami di samping dapat bergembira dan menghilangkan sedikit kekusutan yang sentiasa menjadi peneman tetap di dalam diri kami ini sebagai penuntut di pusat pengajian tinggi. Pukulan rasa mula bermain dihati menanti jawapan apakah masaku di sini dapat melegakan sedikit keresahan rinduku terhadap Ina. Permainan kata terus-menerus barmain di kepalaku ini, berdetap-detap tiada hantinya. Kami membawa haluan masuk bersama-sama ke dalam bangunan yang berkonsepkan gaya raja-raja perancis tradisional. Ciri-ciri itu ada pada struktur bangunan yang menyamai nilai seni yang ada negara asal. akan tetapi keaslian struktur binaan yang asal jauh lebih tinggi nilai seninya dari setiap aspek berbanding dengan binaan tiru bandar klasik Kolmar ini di semenanjung Malaysia.
Dari setiap penjuru dan ruangan di situ nilai budaya dan ciri-ciri pemakaian ala negara tersebut terus dititikberatkan. Bilangan pengunjung pada hari itu agak sederhana dan majoriti bilangannya adalah dalam kalangan warga tempatan serta hanya beberapa kumpulan pengunjung luar negara kelihatan di situ. Lantai jalan bagi para pejalan kaki dibina dengan adunan konkrit asas dibawahnya dan dilapis dengan batuan segi empat kecil dengan corak yang begitu teratur mengikut rekaan bandar asalnya. Aku bersama-sama kawan yang lain melewati setiap sudut yang ada di situ dan menghayati setiap apa yang ada di hadapan kami, senyuman mereka menarik perhatianku membuat sedikit rasa gembira bertandang di hati sebak ini...
Dari jauh aku memerhatikan gelagat mereka yang menunjukkan kegirangan menjadi milik mereka buat saat itu.Kekalutan dan kesulitan dibuang jauh. Sungguhpun begitu berlainan dengan diriku dibebani dengan hujanan rindu yang sentiasa menitis di lubuk hati tiada hentinya, dan sentiasa gerimis yang di dalamnya disisip dengan serakan awanan keresahan penantian diri Ina. Ada orang kata ia hanya 'jiwang karat' semata-mata, bagi diri ini adalah ia adalah satu perancangan dan disusuli dangan kebenaran daripadaNya serta tiada henti suara ini dikunci padu dengan niat yang suci agar tawakal bersama sisipan kesungguhan yang menghiringi harapan untuk bersama Ina pada 'suatu hari nanti'.
Hari mula menunjukkan perubahan menandakan hari mula berganjak ke tengah hari dan sedikit bahang terasa dek kerana perubahan waktu tersebut. Peluh dingin mula kelihatan pada mereka yang berada di sini. Aku terus membiarkan kaki ini melangkah walau di daalam hati ini sebenarnya tiada tujuan untuk ke mana-mana, di beberapa sudut, aku dapat melihat pasangan  sedang berasmara, kemesraan mereka mengajarku erti cemburu dan ketidaksenangan di kala itu. Ribuan perkara menerobos masuk ke dalam fikiran berkisarkan aku dan Ina. Aku cuba mengelakkannya, tiada gunanya. Semakin aku ingin menjauhkan diri daripada merasai begitu semakin aku dihimpit rasa yang tidak menentu. 
Dari laman utama The Chateau de Kolmar, kami bergerak ke kawasan berdekatannya iaitu The Japanese Tea House.Apakah di sana ada sinar yang dapat melekakan aku dari amukan rasa rindu terhadap Ina yang aku sayangi ini......?




Wednesday, January 19, 2011

episod 8

"Bicara terus aku berbicara walau hanya pada suara hati ini, pada keheningan pagi ini, sememangnya aku tidak ingin melepasakan untuk menghayati perjalanan si matahari di ufuk timur yang mula menampakkkan bulatan penuhnya yang menyerakkan lautan cahaya ke hampir seluruh salah satu kutub ketimuran ini, sesungguhnya jika direnungkan dengan mata hati, terdapat jutaan misteri di sebalik kejadian ini, Maha Agung kekuasaanMu Ya Tuhanku Allah s.w.t., pintalan awan di bentangan langit yang luas seakan-akan ingin melakar sesuatu yang mungkin dapat melemparkan jutaan persoalan ke dalam kotak-kotak pemikiran para 'pendeta'. Deria penglihatanku terus melilau ke serata penjuru ke mana sahaja selagi pandangan ini mampu mencapainya, apa yang dapatku lihat adalah kehijauan alam semula jadi di belakang teratak nenek dan datukku di sebuah kampung.Si ayam mula keluar dari tempat lelapnya, burung-burung mula beterbangan dan kelihatan dari jauh para pembanting kampung yang setia dengan kesederhanaan kerjanya. Sungguh tenang, setenang air di kolam; sungguh damai, sedamai sepoian angin di kala senja, sungguh harmoni, seharmoni alunan semula jadi hutan rimba, dan sungguh peramah warganya,  semuanya sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain......Ina, dapatkah coretan hatiku ini menjadi sesuatu realiti antara kita berdua pada suatu hari nanti, melewati masa-masa indah seperti itu walau terkadang ada keadaan itu munkin bersilih ganti dengan saat yang menyedihkan; apa pun Ina, diri ini percaya bahawa walau apa merintangi hubungan kita ini walau seakan-akan setinggi gunung, sebengis Si Naga(buaya darat), serta seluas lautan; kita akan tetap bersama, 'kan sayang? sayang, betulkan? sayang cakaplah, sayangku Ina kenapa nampak macam muram je ni? jangan sedih i tanya begitu, bukan kesangsian ada pada hati ini untukmu sayang tetapi diri ini lega apabila kata-kata sayangmu terhadapku selalu diunkapkan, ok sayang, kita akan terus bersama, kan sayang? mari sini i tolong lapkan air mata itu, mari sayang.............' Seumpama mimpi dalam mimpi." Khayalanku mati.
Setelah aku menghabis sedikit waktu bersama Ina di rumahnya semalam, aku terus melewati masa-masa malamku di rumah kedua nenek dan datukku di kampung yang terletak kira-kira 20km dari kediamanku. Bayangan senyuman dan sedikit hilai-tawa Ina mula berlegar-legar di fikiranku ini ketika di sampingnya semalam. Sungguh kuat penangan pertemuan pertamaku dengan Ina sehinggakan khayalan bersamanya terbawa-bawa ke dalam lenaku.
Hari raya ke-2 sehinggalah seterusnya adalah tidak ubah seperti hari-hari biasa yang aku lalui sebelum ini di rumah. Kehadiran Ina sebagai 'sang puteri' dalam hidupku ini mengukir seribu ukiran maya indah bagiku dan memberikan makna yang sebelum ini tidak pernah muncul dalam diri ini. Walaupun hanya berkata-kata tanpa bersua muka, bermanja-manja melalui gurauan tawamu, dan terkadang bisikan cintamu terhadapku membawaku seolah-olah melakar sebuah episod cinta 'sang putera dan sang puteri'. Kata orang-orang tua, biasalah kalau dua 'merpati' yang baru kenal, semuanya indah; pandangan bagaikan dipukau-pukau, mana tidaknya, ke mana sahaja kita pergi, kita merasakan si dia bagaikan memerhatikan kita di sekeliling itu; hemahnya: "orang sedang bercinta, semuanya indah".
Bagiku, muak untuk aku mendengar kata-kata begitu yang berbaur nilai sindiran walaupun antonasi dan lentok melodi percakapan agak sopan. Peribahasa ada mengungkapkan, 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang, apa boleh buat' di samping ada pepatah Arab yang memberi gambaran betapa 'sial' Si mulut becok, iaitu 'lidah manusia itu adalah lebih tajam dari mata pedang'. Aku terus memalingkan fikiranku ini ke sesuatu yang lebih positif agar hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih tenang, terutamanya apabila bersama Ina melalui telefon.
Sejak dari pertemuan pertama itu, aku selalu menghabiskan masa cuti raya aidilfitri ini yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini dengan bermesra dan pendek kata 'bermanja' dengan Ina melalui mesej pesanan ringkas, jaringan panggilan telifon, serta tidak ketinggalan juga laman sosial yang agak masyhur di seluruh pelusuk dunia ini,Facebook. Dalam paada itu, niatku untuk bersemuka dengan si cantikku itu ,sebelum aku berangkat ke tempat pengajianku,akhirnya tercapai setelah Ina menerima baik ajakkanku itu. Terima kasih sayangku, Ina.
                                     -16 SEPTEMBER 2010-
Ada apa pada tarikh keramat 16 September 2010 tu.....?