THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Saturday, November 27, 2010

tinta dalam visual gerak ini tika mood y suram n romantik....

Friday, October 8, 2010

merenung dikala hari senja....

Ingin ku sisipkan secebis gurauan senja di kala ini. Bukan sebagai suatu perkara untuk diambil serius tetapi sebagai santapan untuk direnung-renungkan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari takdir dan fitrah dari Ilahi, begitu juga dengan bab-bab emosi dan perasaan. Perkara ini amat berkait rapat dalam sistem kehidupan kita sehari-hari. Ada kala jiwa ini ingin bertemankan 'si dia', ada kala diri ini ingin bersua dengan rakan dan taulan, ada kala hati ini inginbersendirian dan ada kala emosi ini terganggu. Begitu juga dengan diriku ini, beberapa hari kebelangan ini diriku ini bagai dilewati rasa resah dan gundah-gulana dan kotak pemikiranku ini tidak ubah seakan-akan disinggahi bayangan lampau dan jutaan persoalan tentang episod-episod kehidupan hari muka yang akan aku lalui. Namun jauh dari lubuk hatiku, seolah-olah tidak pernah berhenti berbicara agar maksud 'putus asa' itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupku ini. Dalam hal ini aku tidak ingin sama sekali menyalahkan sesiapa dan kata hatiku yang sedang aku kenangkan ini sesungguhnya akan aku tintakan dalam warkah penulisanku ini.
Bila aku coretkan semula episod ini, emosi aku ini terganggu apabila masalah pengajianku di tempat pusat pengajianku ini, bagi aku, aku rasakan yang aku telah banyak menghabiskan masa mengadap barisan-barisan abjad serta konsonan-konsonan mahupun angka-angka pada helaian kitab yang berkaitan dengan sistem pembelajaranku ini. Namun begitu, apabila aku menyingkap kembali masa-masa yang aku lalui itu, aku seakan-akan tidak tahu apa yang sedang aku pelajari dan ketika waktu menjawab timbunan soalan tutorial, begitu juga dengan soalan peperiksaan, aku mula merasakan banyak perkara dan kemahiran yang belum cukup pada diriku ini. Tekanan hidup mula semakin menjadi-jadi apabila keputusan ujian pertama bagi semester ini agak teruk. Aku keresahan. Aku termanung. Aku juga bingung. Argggghhhh.....
Bagi diriku bidang pengajian dan hal peribadi tidak boleh dicampur adukkan. Dalam hal ini munkin aku ingin bersikap sedikit professional dalam pengurusan diri. Di kala kesibukan ini, rasa kehangatan rindu dan cintaku pada si dia amat jelas aku rasai. Oleh sebab itu, aku mempersembahkan rasa itu dalam bentuk penulisan lalu aku muatkan ke dalam mesej balas dalam laman sosial melalui jaringan internet. Sebenarnya kami berjauhan dek kerana kepingin mendalami ilmu masing-masing. Aku bermonolog, "Adakah ini suatu cinta yang agung tulus dari hatiku ini untuk dirinya?".............

huh...letih posing..

Wednesday, September 15, 2010

i m hapy with her now...

Sunday, September 12, 2010

episod 5

“best thing tonigt that we are not fighting, could we it that we have been this way before, I know you don’t think that I m trying, I know you’re wearing thin down to the core, but hold your breath, because tonight will be the night that I will fall for you, over again don’t make me change my mind, I wont live to see another day, I swear it’s true, because the girl like you is impossible to find, it is impossible to find……”
Bait-bait lagu itu mampu melentokkan siapa y mendengarnya dengan penuh penghayatan. Begitu juga dengan diriku ini, lagu itu penuh dengan emosi, dan dilengkapkan lagi dengan melodinya yang melankolik.
Deringan telefon mematikan lamunanku yang melilau entah ke mana. Susunan abjad konsonan dan vokal membentuk satu perkataan yang membawa makna nama seseorang pada skrin membuatkan naluriku terusik, setelah memerhati agak lama akan perkataan demi perkataan yang tertera, aku mula perasan yang aku sedang tersenyum sipu sendirian. Dalam masa yang sama aku menoleh ke semua arah, takut-takut ada mata yang sedang memerhatikan tingkah aku yang sedikit pelik tadi.
Pada malam itu, aku memanfaatkan semahunya faedah sistem jaringan hantar-terima mesej. Buat masa itu mata aku tidak lengang daripada tertancap pada muka depan telefon bimbit aku itu, jari-jemari sibuk memainkan peranan menekan punat-punat pada alat komunikasi tersebut dangan cepatnya, “alah bisa, tegal biasa”. Pertukaran mesej rinkas itu dapat mengabarkan aku tentang dirinya, serta kondisinya pada tika itu. Aku mampu mengukir senyuman kerna khabar tentang emosi si dia yang mula pulih dan aku dianggap sebagai teman yang mampu menyenangkanya. Bayangan wajahnya yang sedang senyum bertukar-tukar dengan keayuan ketika waktu girangnya terus menerawang dalam pandangan mayaku ini. Tirai pada tingkap kediaman sederhanaku mula kuselakkan sedikit demi sedikit agar pandangan malam ciptaan tuhan dapat aku nikmati, bentangan langit sejauh mata memandang mula mencuri perhatianku dek taburan bintang-bintang yang bergemerlapan menghiasi kegelapn itu,disempurnakan lagi dengan kegirangan pergerakan angin malam bagai mengetahui apa y sedang aku rasakan ketika itu lalu membuaiku dalam khayalan. Yang aku tahu sekarang ini memang, aku sungguh cintakan mu sayangku……Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah kepada kami berdua kegagahan sekuat iman-iman para sahabat, kesabaran setinggi ketabahan para anbia' dan kebahagiaan semurni ketengan taman-taman syurgamu, amin........Dan dal ini kerana ingin ku ciptakan episod-episod fitrah ini antara aku dan dia yang mendapat rahmat dan keredhaan daripadamu selama mana hayatku ada atas kurniaanNya.