THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 8, 2010

merenung dikala hari senja....

Ingin ku sisipkan secebis gurauan senja di kala ini. Bukan sebagai suatu perkara untuk diambil serius tetapi sebagai santapan untuk direnung-renungkan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari takdir dan fitrah dari Ilahi, begitu juga dengan bab-bab emosi dan perasaan. Perkara ini amat berkait rapat dalam sistem kehidupan kita sehari-hari. Ada kala jiwa ini ingin bertemankan 'si dia', ada kala diri ini ingin bersua dengan rakan dan taulan, ada kala hati ini inginbersendirian dan ada kala emosi ini terganggu. Begitu juga dengan diriku ini, beberapa hari kebelangan ini diriku ini bagai dilewati rasa resah dan gundah-gulana dan kotak pemikiranku ini tidak ubah seakan-akan disinggahi bayangan lampau dan jutaan persoalan tentang episod-episod kehidupan hari muka yang akan aku lalui. Namun jauh dari lubuk hatiku, seolah-olah tidak pernah berhenti berbicara agar maksud 'putus asa' itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupku ini. Dalam hal ini aku tidak ingin sama sekali menyalahkan sesiapa dan kata hatiku yang sedang aku kenangkan ini sesungguhnya akan aku tintakan dalam warkah penulisanku ini.
Bila aku coretkan semula episod ini, emosi aku ini terganggu apabila masalah pengajianku di tempat pusat pengajianku ini, bagi aku, aku rasakan yang aku telah banyak menghabiskan masa mengadap barisan-barisan abjad serta konsonan-konsonan mahupun angka-angka pada helaian kitab yang berkaitan dengan sistem pembelajaranku ini. Namun begitu, apabila aku menyingkap kembali masa-masa yang aku lalui itu, aku seakan-akan tidak tahu apa yang sedang aku pelajari dan ketika waktu menjawab timbunan soalan tutorial, begitu juga dengan soalan peperiksaan, aku mula merasakan banyak perkara dan kemahiran yang belum cukup pada diriku ini. Tekanan hidup mula semakin menjadi-jadi apabila keputusan ujian pertama bagi semester ini agak teruk. Aku keresahan. Aku termanung. Aku juga bingung. Argggghhhh.....
Bagi diriku bidang pengajian dan hal peribadi tidak boleh dicampur adukkan. Dalam hal ini munkin aku ingin bersikap sedikit professional dalam pengurusan diri. Di kala kesibukan ini, rasa kehangatan rindu dan cintaku pada si dia amat jelas aku rasai. Oleh sebab itu, aku mempersembahkan rasa itu dalam bentuk penulisan lalu aku muatkan ke dalam mesej balas dalam laman sosial melalui jaringan internet. Sebenarnya kami berjauhan dek kerana kepingin mendalami ilmu masing-masing. Aku bermonolog, "Adakah ini suatu cinta yang agung tulus dari hatiku ini untuk dirinya?".............

0 comments: