Wednesday, August 24, 2011
hu3 ragam-ragam baru sampai negara orang....
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 12:52 AM 0 comments
bersuara lagi setelah sekian lama membisu.....
Orang kata nak mulakan makan seeloknya ada pembuka selera, begitu juga dengan tingkah bicara kita, tambahan lagi sudah lama menyepi. Salam ku hulur buat teman pembaca, maaf dipinta sekiranya ada y terasa selama ini, madah ku bermadah lagi selagi diri diingini begini.....
Sebenarnya, sedar tak sedar sudah hampir 6 atau 7 bulan hamba tidak mengarang di laman blog ini, halnya adalah sibuk dengan isu pengajian yang memaksa aku meminggirkan blog ini seketika waktu. Jika diringkaskan, bermula pada febuari 2011 hamba begitu tergesa-gesa dengan timbunan kerja-kerja pengajian, ditambahkan lagi berdozen-dozen helaian nota dan latihan kena hamba habiskan dek kerana 'determination' y tinggi untuk berjaya dalam ujian akhir pada akhir may 2011. Itulah semua akan menentukan nasib hamba samada dapat menjejak kaki ke negara orang atau sebaWalaupun begitu, sempat lagi aku menyakat ina, "sayang. sayang ok kan kalau B pergi belajar jauh, sayang boleh tunggu B kan?" semua ini demi masa depan dan peluang sebegini bukannya selalu singgah dalam meniti masa hidup kita ini. Ina setuju. Hamba pun melalui minggu-minggu akhir di tempat pengajian dengan penuh semangat dan melepasi hari-hari yang payah ketika menduduki peperiksaan akhir.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan hamba dapat melanjutkan pengajian ke luar negara. Bagi hamba, seorang pelajar yang kurang dari segi kebijaksaan semulajadi amat bersyukur mendapat peluang ini dan hamba tahu ramai pelajar-pelajar lain mengabarkan apa lah sangat kalau dapat belajar di luar sana, ujian-ujian untuk melepasi tahap ke sana pun tidaklah begitu sukar. Lagi pun, hamba datang dari keluarga yang miskin, jadi tidak mungkin hamba dapat melangkah ke negara orang dengan wang famili hamba.
Hamba meninggalkan tanah tempat lahir tepat jam 11 malam pada 19 April 2011. Perasaan begitu hiba dan pilu, hamba teringatkan famili dan hamba terlalu rindukan cik adik manis, Ina.
Bermula dari tarikh itu, bermulalah persepsi berlainan dalam menjalani hidup di negara orang, negara di mana suatu ketika dahulu terkenal dengan tokoh pahlawan yang bernama Napoeon Bonnapart.
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 12:20 AM 0 comments
Saturday, March 26, 2011
argggghhhhhh
kali ni nak guna bahase agak tidak seberapa ok kot. Ada sorang mamat ni kat fb cam nak kacau wa punya awek bai, waduh, wa bingit bai, lu tau tak lu manyak langsi ma. Lu da bikin wa panasssss je. Mata wa da tengok lu macam semut je even lam fb. Wa may b x tau niat lu sapa awek wa lam fb, lu ingat wa xtau, bleh bla la wey. Wa ase lu ingat lu ada jawatan kat u sana lu bleh bikin sume awek sangkut, lu ingat cket, lu tu 'jambu'. Wa xnak cakap besar, tapi wa ase lau lu wa hempuk, lu malu bai depan awek2 lain. Amacam, lu ingat wa goyang ke pe, lu ingat, lau lu langkah lg depan, lu da utang sama wa, wa cari lu bai, wa pasti cari lu, wa mau tau lu duk study mana, mana? wa ase Melaka, lu ase wa betol x....ha3....wa x maen2 ni, lau lu ase lu pndai main petrol ngan api, wa bleh join, wa bleh bikin lu ase apa itu panas, lu memang manyak langsi la kawan......wa ase lu balik lar, wa xnak lu susah nanti, awek wa jangan lu kacau...wa ase wa da sound lu, so lau lu ase nak tunjuk belang, wa leh pom ase nak tunjuk taring........
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 1:48 PM 1 comments
Friday, January 28, 2011
secebis bingkisan ke i-city.....namun,"di manakah Ina ku?" hatiku merintih untuk bersamanya....
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 1:15 PM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
Kebahagiaan yang selama ini ku dambarkan.......
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 10:19 AM 0 comments
Sunday, January 23, 2011
Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG2
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 2:44 AM 0 comments