THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 28, 2011

secebis bingkisan ke i-city.....namun,"di manakah Ina ku?" hatiku merintih untuk bersamanya....


















Wednesday, January 26, 2011

Kebahagiaan yang selama ini ku dambarkan.......

......tiada debunga menandingi seharum cinta kita,
tidak akan ada lautan seluas hamparan kemesraan kita,
tidak pernah berubah kata hati ini walau ada bicara palsu ini terhadap kita,
setidaknya kehangatan api cinta sentiasa membara walau kejauhan antara kita,
ketiadaanmu sekilas pandang amukan rindu meratah jiwa kita,
tidak akan pernah si badai dapat menguji keabadian cinta kita,
lalu sesunggunya kita adalah kita........

......ada petala 7 langit dan bumi untuk dibicara,
seadanya itu membuatkan lafaz cinta 'sokmo' gah pada bicara,
seadanya wadah dicemburui masa untuk kita bersua gembira,
tiada apa yang menghalang kata cinta pada hati gelora,
mengada-ada serta watak manjamu penghibur hati lara,
berbeda nyata pada sifat bidadarimu sentiasa terpelihara,
lalu bibirku bersaksi demi kemegahan cinta si Putera......

....inginku coret hari muka bersama,
inginku katakan ianya seindah syurga,
inginku lukiskan kehidupan episod cinta,
 inginnya dikau tahu dunia cinta hari depan kita,
 inginku letakkan hikayat maya itu pada setiap bicara,
lalu ku simpulkan jutaan kata ini dalam satu kata cinta,

 ...aku persembahkan dambaan cinta ini untuk mu demi kita bersama,
agar kesempurnaan kebahagiaan yang kita dambarkan akan tersemat seabadinya antara kita..........


Sunday, January 23, 2011

Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG2

 replika bangunan dalam perancangan
  replika bangunan dalam perancangan
  replika bangunan dalam perancangan
 penunjuk jalan
 ke taman botani dan kedai cendera mata
 pemandangan jauh kota Kolmar
 dataran di hadapan tempat masuk ke bandar Kolmar
 kengkawan PF8-seronoknya diorang-
 swan hitam menghiasi satu sudut binaan itu
 lecturer dan dua jejaka PF8
 pemandangan kota The Chateau de Kolmar dari satu menara tingkat atas
 pemandangan kota The Chateau de Kolmar dari satu menara tingkat tengah

Aku merengus sekejap. Kumpulan kami adalah 47 orang pelajar dan 3 orang pensyarah berbangsa asing telah berpecah kepada beberapa kumpulan di sana. Dari laman utama The Chateau, aku dan beberapa rakan yang lain menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk membawa haluan ke Japanese Tea House. Tempat itu terletak pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan tempat sebelumnya, udara terasa semakin dingin. Kami menikmati perjalanan yang memakan masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke destinasi berikutnya, sepanjang jalan terdapat kelainan pada ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang ada pada pinggiran perjalanan kami dari Lebuh Raya Karak menuju ke laman utama tadi. Terasa kelainannya. Wow terasa begitu teruja.
Setibanya kami di bahagian atas sana, langkah kami terhenti, mangambil masa untuk membuat keputusan jalan yang mana satu akan kami pilih berdasarkan penunjuk jalan yang tersedia ada. Kaki dihayun kuat, langkah disusun rapi tiada longlainya, dan badan bagaikan ditolak-tolak untuk ke haluan pertama: Rumah Teh Jepun yang pertama.
Setelah penat berjalan sambil melihat kelainan serta keindahan flora dan fauna di kawasan ini, kami keletihan. Kami singgah di kedai yang memiliki keluasan yang agak sempit dan berkonsepkan budaya Jepun tradisional. "Allez y...sake, sake....tu veux boire?" Bahasa perancis ditutur penuh dengan pelatnya yang sempurna oleh salah seorang pensyarahku, dan dia sedang mengajak kawan perempuannya untuk masuk ke tempat itu untuk merasai salah satu jenis arak jepun yang boleh dikatakan agak istimewa dan terkenal di Jepun iaitu 'sake'. Aku mengalihkan pandanganku ke sebelah dalam bangunan itu, hampir semua kawanku yang 'KAFIR' sedang leka meneguk 'air setan itu'. Namun begitu aku mampu melafazkan rasa syukur apabila mendapati rakan-rakan seagamaku tiada dalam kumpulan 'si peneguk air setan itu'. Mereka mengambil tempat di suatu sudut yang lain dan menikmati minuman teh hijau yang munkin suatu masa dahulu menjadi adat tradisi bagi kaum negara 'tebit matahari' itu. 
Aku kebosanan. Aku meninggalkan tempat itu lalu menaiki kenderaan penumpang tadi untuk ke laman The Chateau tadi. Kepala aku sibuk dengan wayang-wayang episod lalu antara aku dan Ina. Terkadang, aku merasakan tiada makna sama sekali walau diri ini melewati masa-masa yang ada untuk ke tempat-tempat pelancongan atau dibawa ke bulan sekali pun jika Ina ku ini tiada di sampingku. Kenderaan yang aku naiki tadi berhenti, lamunanku terus berhenti.
Di laman utama itu aku hanya melabuhkan punggungku ini di salah satu tempat duduk dan tertidur, sengsara menahan rasa rindu yang amat sangat terhadap Ina. Ina, diri ini terlalu sayangkan Ina. Aku biarkan usikan imbauan bayangan Ina bersama-sama lenaku tadi.
Di kala mimpi bagaikan suatu ciptaan drama di dalam alam fantasi asyik melayarkan setiap adegan-adegan yang melekakan aku di dalamnya, bahuku dicuit manja. Aku tidak memusingkan terus badanku ini untuk mengetahui siapakah itu, tapi hatiku kuat mengatakan bahawa, dia itu adalah Ina. Yeaw-yeaw Ina. Aku hanya dapat melihat sekejap sahaja, Ina bagaikan hilang, mimpiku tadi tergantung episodnya tatkala kawanku mengejutkanku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Perjalan yang memakan masa beberapa jam itu serta jaraknya telah melebihi 90 kilometer atau dalam bahasa kitab-kitab agama yang melazimkan 90 kilometer itu adalah hampir sama dengan 2 marhalah yang mana telah ditetapkan untuk membenarkan seseorang musafir itu meringkaskan dua solat dalam dua waktu yang berbeza menjadi satu solat dalam satu waktu yang sama.
Kemudiannya, aku diajak rakan-rakanku untuk menonton persembahan di bahagian teengah laman utama itu. Persembahan itu bertemakan tarian ala barat dan terdapat beberapa bentangan kain di atas pentas yang tertera padanya 'Russian Roulette'. Pada akhir acara itu, juru acara menghebahkan satu pengumuman yang membenarkan para penonton untuk bergambar bersama para penari yang ada. Dalam masa yang sama beberapa kawanku mengajak untuk tidak melepaskan peluang itu. Untuk menunggu masa meninggalkan tempat itu kami menghabiskan masa di ruangan permainan video dan pusat snuker. 
Tepat jam 5 petang bas yang kami naiki sudah keluar dari tempat pakir dan bersedia untuk membuat haluan keluar dari tempat itu. Kami meninggalkan tempat itu dengan penuh kenangan yang munkin akan terpahat di sanubari ini pada hari-hari muka yang masih ada. Akan tetapi bagi diriku ini, tiada lain niat di hati ini yang akan membawa aku terus dihujani bayangan harapan yang memungkinkan aku akan ke sini lagi tanpa jiwa kosong sebegini sebaliknya memori aku dan Ina di laman Kolmar ini munkin akan menjadi suatu kenyataan pada suatu hari nanti. Sayangku Ina, akan kita lewati memori-memori yang indah apabila tiba masanya aku di sampingmu nanti........


Saturday, January 22, 2011

Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG1

 aliran air di Japanese  tea house
 kat small playground di Chateau de Kolmar
 menggedik sikit
 pool dalam Billard station kat Kolmar Chateau
 tarian Russian Roullette
 bebudak Pre France 8
 Aku, kawan dan dancers
 kawan2
 bersama lacturer
 me and John Christphe
 selesa kat meja pool
japanese tea house


Walaupun Ina tiada di sisi di saat kaki ini melangkah ke salah satu destinasi yang dianggap agak berstatus international, aku meluangkan sedikit waktu untuk tangan ini menaip papan kekunci, sambil otakku ini ligat memilih perkataan yang sesuai lalu disusun menjadi suatu ayat. Ayat demi ayat ku hulurkan buat Ina tulus terbit dari hati yang suram dan syahdu di pagi hening itu(semalam). Aku menyudahkan penghujung penulisanku itu dengan ulangan kata-kata sayang terhadap Ina dan aku semahunya ingin mengulangi bait-bait cinta itu walau sejuta kali yang pasti tidak akan muncul jemu buat diriku untukmu sayangku Ina. Orang kata walau coretan berbisa tidak akan mampu membeli cinta sejati. Apa yang ingin diri ini sampaikan adalah jika, cinta palsu dari hati serta lafaz cinta terhadap seseorang dengan ribuan janji dan kata manis terhadap pasangannya, suatu kepastian iaitu rasa cinta yang sejati dan kehangatan cinta sebenar tidak akan dapat dirasa walau salah satu dari mereka berpaut pada janji dan mengikat janji dengan ikhlas. Ina kita saling cinta-mencintai, kan sayang......
Agak berat buat diri ini untuk melepaskan komputer ribaku itu, jari-jemari bagaikan riang sekali menari-nari di atas butang-butang itu, apakan daya masa selalu mencemburuiku. Masa telah memaksa aku untuk berbuat demikian.
Aku memperkena pakaian yang agak 'simple' iaitu baju T-shirt kuning, seluar jeans, dan 'sneakers' Nike putih. Aku tiada 'mood' nak lebih-lebih dari itu. "More tahn that, wat's for?". Bagiku: diri ini segalanya adalah untuk Ina, dan Ina adalah untuk aku, serta tiada lebih atau kurang dari itu buat kami.
Lawatan ini boleh dikatakan lawatan sambil memerhati keadaan sekeliling di sana dan belajar apa yang ada pada tempat itu mengenai kebudayaan, seni dan informasi umum sebagai ilmu tidak langsung buat aku dan rakan-rakan seangkatan denganku ini sebagai wadah tambahan dalam bidang pelajaran kami. Hal ini kerana jika rezeki daripadaNya memihak diri kami ini, dapatlah kami berpijak dan mengenali negara yang terkenal dengan nakhoda yang mengemudi negaranya walaupun ketinggian fizikalnya yang agak tidak beberapa 'cukup inci'. Nama diberi Napoleon Bonapart.
Cerita ini dimulakan dengan langkah kaki menaiki bas dari Unuversiti kami di dalam kawasan Bandar Baru Bangi ini. Kenderaan yang memuatkan 44 orang orang maksimum itu diisi dengan muatan yang sedikit lebih, dua orang terlebih, mula menyusur kaluar dari pusat pengajian itu, haluan diteruskan memasuki lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban sehinggalah menukar arah pada simpang yang akan membawa kami ke Lebuh Raya Karak. Pemandu bas yang boleh dikatakan dalam 40-an itu tenang memulas 'steering' dan 'gear' sambil kaki sibuk menekan-nekan pedal di bahagian bawahnya; dia mengambil haluan ke arah Kuantan pada mulanya sehinggalah sampai di persimpangan di mana jalan menuju ke Kolmar. Haluan diubah menuju ke destinasi utama kami. Dalam perjalanan kami yang kira-kira mengambil masa 2 jam lebih dengan kelajuan sederhana, kami sempat  membuat 'pit stop' di kawasan rehat dan riadah di Genting Sepah. Di sana kami sudah merasakan kedinginan udara segar yang seakan-akan membelai mulus diri kami ini, pandangan yang hampir keseluruhannya dienuhi oleh  kehijauan semula jadi menaikkan lagi rasa girang perjalanan kami dan kabus yang menhiasi pinggiran bukit-bukau melengkapkan lagi landskap semula jadi ciptaanNya. Sungguh indah sekali. Kami mengisi perut yang 'berkeroncong' dari tadi dengan jamahaan juadah pagi yang ala kadar sahaja. 
Sesampainya kami di sana, bayaran RM12 dikenakan kepada para pelawat yang ingin memasuki kawasan tersebut. Jalan yang kami lalui bermula dari persimpangan masuk ke tempat itu memberi satu pandangan yang agak menakjubkan dengan pengekalan konsep kehijauan semula jadi dan dan perjalan dapat dirasai bagaikan haluan menuju ke istana yang gah berdiri di kota bersejarah di negara yang agak taksub dengan lambang 'The Cock' itu mampu memberikan aura yang agak berlainan kepada kami sebagai pelawat. 
Langkah turun daripada bas itu dimulakan dengan nia agar lawatan ini mampu memberikan sesuatu yang positif kepada diri kami di samping dapat bergembira dan menghilangkan sedikit kekusutan yang sentiasa menjadi peneman tetap di dalam diri kami ini sebagai penuntut di pusat pengajian tinggi. Pukulan rasa mula bermain dihati menanti jawapan apakah masaku di sini dapat melegakan sedikit keresahan rinduku terhadap Ina. Permainan kata terus-menerus barmain di kepalaku ini, berdetap-detap tiada hantinya. Kami membawa haluan masuk bersama-sama ke dalam bangunan yang berkonsepkan gaya raja-raja perancis tradisional. Ciri-ciri itu ada pada struktur bangunan yang menyamai nilai seni yang ada negara asal. akan tetapi keaslian struktur binaan yang asal jauh lebih tinggi nilai seninya dari setiap aspek berbanding dengan binaan tiru bandar klasik Kolmar ini di semenanjung Malaysia.
Dari setiap penjuru dan ruangan di situ nilai budaya dan ciri-ciri pemakaian ala negara tersebut terus dititikberatkan. Bilangan pengunjung pada hari itu agak sederhana dan majoriti bilangannya adalah dalam kalangan warga tempatan serta hanya beberapa kumpulan pengunjung luar negara kelihatan di situ. Lantai jalan bagi para pejalan kaki dibina dengan adunan konkrit asas dibawahnya dan dilapis dengan batuan segi empat kecil dengan corak yang begitu teratur mengikut rekaan bandar asalnya. Aku bersama-sama kawan yang lain melewati setiap sudut yang ada di situ dan menghayati setiap apa yang ada di hadapan kami, senyuman mereka menarik perhatianku membuat sedikit rasa gembira bertandang di hati sebak ini...
Dari jauh aku memerhatikan gelagat mereka yang menunjukkan kegirangan menjadi milik mereka buat saat itu.Kekalutan dan kesulitan dibuang jauh. Sungguhpun begitu berlainan dengan diriku dibebani dengan hujanan rindu yang sentiasa menitis di lubuk hati tiada hentinya, dan sentiasa gerimis yang di dalamnya disisip dengan serakan awanan keresahan penantian diri Ina. Ada orang kata ia hanya 'jiwang karat' semata-mata, bagi diri ini adalah ia adalah satu perancangan dan disusuli dangan kebenaran daripadaNya serta tiada henti suara ini dikunci padu dengan niat yang suci agar tawakal bersama sisipan kesungguhan yang menghiringi harapan untuk bersama Ina pada 'suatu hari nanti'.
Hari mula menunjukkan perubahan menandakan hari mula berganjak ke tengah hari dan sedikit bahang terasa dek kerana perubahan waktu tersebut. Peluh dingin mula kelihatan pada mereka yang berada di sini. Aku terus membiarkan kaki ini melangkah walau di daalam hati ini sebenarnya tiada tujuan untuk ke mana-mana, di beberapa sudut, aku dapat melihat pasangan  sedang berasmara, kemesraan mereka mengajarku erti cemburu dan ketidaksenangan di kala itu. Ribuan perkara menerobos masuk ke dalam fikiran berkisarkan aku dan Ina. Aku cuba mengelakkannya, tiada gunanya. Semakin aku ingin menjauhkan diri daripada merasai begitu semakin aku dihimpit rasa yang tidak menentu. 
Dari laman utama The Chateau de Kolmar, kami bergerak ke kawasan berdekatannya iaitu The Japanese Tea House.Apakah di sana ada sinar yang dapat melekakan aku dari amukan rasa rindu terhadap Ina yang aku sayangi ini......?




Wednesday, January 19, 2011

episod 8

"Bicara terus aku berbicara walau hanya pada suara hati ini, pada keheningan pagi ini, sememangnya aku tidak ingin melepasakan untuk menghayati perjalanan si matahari di ufuk timur yang mula menampakkkan bulatan penuhnya yang menyerakkan lautan cahaya ke hampir seluruh salah satu kutub ketimuran ini, sesungguhnya jika direnungkan dengan mata hati, terdapat jutaan misteri di sebalik kejadian ini, Maha Agung kekuasaanMu Ya Tuhanku Allah s.w.t., pintalan awan di bentangan langit yang luas seakan-akan ingin melakar sesuatu yang mungkin dapat melemparkan jutaan persoalan ke dalam kotak-kotak pemikiran para 'pendeta'. Deria penglihatanku terus melilau ke serata penjuru ke mana sahaja selagi pandangan ini mampu mencapainya, apa yang dapatku lihat adalah kehijauan alam semula jadi di belakang teratak nenek dan datukku di sebuah kampung.Si ayam mula keluar dari tempat lelapnya, burung-burung mula beterbangan dan kelihatan dari jauh para pembanting kampung yang setia dengan kesederhanaan kerjanya. Sungguh tenang, setenang air di kolam; sungguh damai, sedamai sepoian angin di kala senja, sungguh harmoni, seharmoni alunan semula jadi hutan rimba, dan sungguh peramah warganya,  semuanya sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain......Ina, dapatkah coretan hatiku ini menjadi sesuatu realiti antara kita berdua pada suatu hari nanti, melewati masa-masa indah seperti itu walau terkadang ada keadaan itu munkin bersilih ganti dengan saat yang menyedihkan; apa pun Ina, diri ini percaya bahawa walau apa merintangi hubungan kita ini walau seakan-akan setinggi gunung, sebengis Si Naga(buaya darat), serta seluas lautan; kita akan tetap bersama, 'kan sayang? sayang, betulkan? sayang cakaplah, sayangku Ina kenapa nampak macam muram je ni? jangan sedih i tanya begitu, bukan kesangsian ada pada hati ini untukmu sayang tetapi diri ini lega apabila kata-kata sayangmu terhadapku selalu diunkapkan, ok sayang, kita akan terus bersama, kan sayang? mari sini i tolong lapkan air mata itu, mari sayang.............' Seumpama mimpi dalam mimpi." Khayalanku mati.
Setelah aku menghabis sedikit waktu bersama Ina di rumahnya semalam, aku terus melewati masa-masa malamku di rumah kedua nenek dan datukku di kampung yang terletak kira-kira 20km dari kediamanku. Bayangan senyuman dan sedikit hilai-tawa Ina mula berlegar-legar di fikiranku ini ketika di sampingnya semalam. Sungguh kuat penangan pertemuan pertamaku dengan Ina sehinggakan khayalan bersamanya terbawa-bawa ke dalam lenaku.
Hari raya ke-2 sehinggalah seterusnya adalah tidak ubah seperti hari-hari biasa yang aku lalui sebelum ini di rumah. Kehadiran Ina sebagai 'sang puteri' dalam hidupku ini mengukir seribu ukiran maya indah bagiku dan memberikan makna yang sebelum ini tidak pernah muncul dalam diri ini. Walaupun hanya berkata-kata tanpa bersua muka, bermanja-manja melalui gurauan tawamu, dan terkadang bisikan cintamu terhadapku membawaku seolah-olah melakar sebuah episod cinta 'sang putera dan sang puteri'. Kata orang-orang tua, biasalah kalau dua 'merpati' yang baru kenal, semuanya indah; pandangan bagaikan dipukau-pukau, mana tidaknya, ke mana sahaja kita pergi, kita merasakan si dia bagaikan memerhatikan kita di sekeliling itu; hemahnya: "orang sedang bercinta, semuanya indah".
Bagiku, muak untuk aku mendengar kata-kata begitu yang berbaur nilai sindiran walaupun antonasi dan lentok melodi percakapan agak sopan. Peribahasa ada mengungkapkan, 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang, apa boleh buat' di samping ada pepatah Arab yang memberi gambaran betapa 'sial' Si mulut becok, iaitu 'lidah manusia itu adalah lebih tajam dari mata pedang'. Aku terus memalingkan fikiranku ini ke sesuatu yang lebih positif agar hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih tenang, terutamanya apabila bersama Ina melalui telefon.
Sejak dari pertemuan pertama itu, aku selalu menghabiskan masa cuti raya aidilfitri ini yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini dengan bermesra dan pendek kata 'bermanja' dengan Ina melalui mesej pesanan ringkas, jaringan panggilan telifon, serta tidak ketinggalan juga laman sosial yang agak masyhur di seluruh pelusuk dunia ini,Facebook. Dalam paada itu, niatku untuk bersemuka dengan si cantikku itu ,sebelum aku berangkat ke tempat pengajianku,akhirnya tercapai setelah Ina menerima baik ajakkanku itu. Terima kasih sayangku, Ina.
                                     -16 SEPTEMBER 2010-
Ada apa pada tarikh keramat 16 September 2010 tu.....? 

Monday, January 17, 2011

episod 7


'Adik oh adik bangun dik....' Ada suara yang bagaikan sedang memanggil-manggilku sayup kedengaran, semakin lama, semakin dapat aku merasakan suara itu semakin dekat dan kuat.'Apa ni, jangan kacau saya, saya letih sangat ni.' Tidak lama kemudian aku mendengar ada beberapa suara yang aku tidak mengecam pemiliknya yang sedang berbual-bual, aku dapat merasakan aku menjadi topik perbualan itu. Mata sukar untuk dibuka. Aku sangat keletihan. Selang beberapa minit mataku celik, aku melihat di sekelilingku dengan cahaya yang berbalam-balam dan agak malap serta kekuning-kuningan. Sebelum itu aku memang tidak sedarkan diri langsung dek terlalu keletihan, dan apabila aku separuh sedar aku tidak dapat mengingati di manakah aku berada. Kemudian aku dapat melihat dua orang dalam lingkungan 40-an berada di tepi tempat dudukku. Mereka mendekatiku, "dia sudah bangun." Kawannya menjawab, "suruhlah budak tu....."
Sebenarnya aku berada di dalam sebuah bas ekspres menuju ke negeriku, dua orang tadi adalah pemandu bas yang mengejutku kerana bas telah selamat sampai di destinasiku. Dari tempat itu, kedua-dua ibu bapaku datang menjemputku untuk pilang, Aku amat gembira kerana dapat melangkah pulang ke rumahku lagi. Hari ini adalah hari terakhir bagi melenkapkan bulan Al-Mubaral ini. Kami sekeluarga pergi ke rumah datuk untuk menikmati juadah buka puasa bersama-sama saudara-mara yang lain. Sungguh meriah pada saat selepas azan magrib dilaungkan pada hari itu, kami dapat bertemu muka antara satu sama lain setelah lama tidak bersua dek kerana sibuk dengan hal masing-masing.
Harinya telah tiba, setelah usai solat subuh aku pergi mendapatkan telefonku, ada beberapa mesej daripada 'puteri kesayanganku', Ina. Ada sedikit pesanan: jangan lupa solat sunat hari raya, jangan lupa bersalam-salaman dengan sanak-saudara dan senyum selalu di hari bahagia ini. Aku tersenyum sendirian. Pesanan ringkas itu membuatku terasa cara dia mengingatkanku itu seakan-seakan berbaur alunan suaranya yang manja dan bagaikan memujukku sesuatu. Kemanjaan dan keayuannya sudah cukup membuat hati lelakiku ini luluh dan simpati akan kehendaknya. "Sayangku, Ina dirimu begitu indah buatku ini...."
Hari raya kali ini macam seperti biasa, semua berjalan seperti hari raya sebelumnya. Bila difikirkan balik, raya sekarang ini semakin bosan pada waktu petangnya.
 Selepas waktu Zohor, tanganku ini 'gatal' aje menelefon kawanku untuk bersama pergi beraya di rimah Ina. Dia bagaikan mengerti amukan rasa rindu dalam diriku ini terhadap Ina lalu bersetuju menemaniku ke sana. Wah, terasa diri begitu bahagia! Dalam perjalanan hatiku melonjak-lonjak tidak sabar bersua dengan yang tersayang. Jari-jemariku sibuk dengan menekan-nekan 'button' telefonku ini, kami mengirim-balas mesej.
Sesampainya aku di 'teratak' Ina, aku mula bedebar-debar, maklumlah pertemuan pertama antara aku dan Ina. Setelah mendengar suara memberi salam, aku melihat seseorang datang ke arah pintu dan semakin dekat semakin jelas rupanya, kepalaku mula membuat perkiraan yang menyatakan dia itu adalah SAYANGku INA. Dalam beberapa saat sahaja aku kaget, mata terus tertancap pada dia tadi, 'wow!', memang tidak salah lagi bahawa gadis yang berdiri di hadapanku ini adalah Ina. Ina sebenarnya lagi cantik dan ayu berbanding dengan gambarnya sendiri di laman sosial 'Facebook'. Ina menjemput kami ke ruang tamu.
Hatiku berbisik liar, mana munkin aku akan mendapatkan Ina sebagai teman perempuanku yang istimewa, diriku mula merasakan serba tidak kena, ribuan persoalan menghentam kotak pemikiranku ini, jiwa mula gundah-gulana, risau diri ini tidak dapat diterima walau sebagai sahabat handai. Di rumahnya, aku dan dua kawanku melabuhkan pungggung di atas sofa dan dijemput ke ruangan makan untuk menjamah juadah hari raya yang dimasak oleh 'umi' dan kakaknya. Aku mengambil tempat paling rapat dengan Ina agar dapat aku merenung wajah indahnya itu dengan lebih dekat. Putih gebu kulitnya. Sambil makan, aku tidak lupa 'control macho' agar penampilanku yang pertama ini di hadapannya memberikan nilai positif kepada hemah Ina nanti. Kami berbual-bual rancak tidak menyedari siang mula merangkak pergi dan malam sebagai pengganti. Pada akhir perbualan antara aku dan Ina, kami mengeluarkan topik tentang 'cinta'. Sejurus itu aku menyusun langkah keluar dengan tenang lalu meninggalkan perkarangan rumah Ina. Menerusi skrin kereta belakang, aku melihat Ina sedang berdiri sambil melihat kereta ini berlalu pergi.
(kini: "Ina, pada saat itu sayang sedih ke? kerana i dapat tengok ada kerut kesayuan pada wajah Ina.....")
Ina, bermula dari detik-detik itu hati lelakiku ini terus mendambarkan kehadiranmu ke dalam hidupku ini......

Sunday, January 16, 2011

Melewati hujung mingguku bersama Ina.....

adoi, asmara kat plkn la ni.walau hari jadiku semalam, tak kisah lah phostphone satu hari untuk sambutnya dengan yang tersayang, tengok dalam gambar di atas, 'sweet' kan.
Niat di hati sememangnya ingin bertemu dengan Ina di plkn, sejak langkah Ina menaiki anak-anak tangga bas lagi sebelum berangkat ke kem tersebut. Akan tetapi, aku terfikir, macam tidak logik je idea tu, mana tak nya, jarak tempat pengajianku dengan kem itu agak jauh, kira-kira 200 hingga 300 km.
Walaupun begitu, seminggu yang lalu permintaanku untuk meminjam kereta kawanku,'amiradli' telah tertunai lalu aku dapat bayangkan niatku untuk sampai ke kem itu akan tercapai. Aku ke sana bersama salah seoran kawan aku, 'kimin', sporting orangnya. Kereta itu ku memandunya dengan cermatnya, masuk ke kawasan plkn itu lalu membawa haluan ke tempat daftar, kad pengenalan ku adalah sebagai suatu jaminan daripadaku untuk pihak plkn,dan status pelawat diriku ini hanya tertulis pada satu kad yang diberikan kepadaku. Setelah selesai memakir kereta dalam tapak pakir, di hadapannya terdapat tempat pendaftaran para pelawat, setelah selesai melengkapkan butiran asas sebagai pelawat di dalam sebuah buku log yang telah rapi disediakan, aku di terjah dengan beberapa soalan daripada beberapa kakitangan yang bertanggungjawab di sudut itu. Aku terus bermain dengan cara halus agar dapatku pikat fikiran-fikiran 'si burung-burung candik'(pegawai plkn) itu. Senyuman dilemparkan terus tepat ke arah mereka, mata ceria melihat menjurus ke dalam anak mata mereka, setiap pergerakkanku dihitung disusun mengikut yang sebenarnya, gaya persembahan diri di hadapan mereka terus ku jaga, agar muslihat aku: aku mewatakkan diri ini sebagai sepupu kepada Ina menjadi. Dengan lentok melodi percakapan yang sopan dan teratur serta lontaran setiap kata-kata yang lembut, penuh merendah diri, pegawai-pegawai itu bersetuju membenarkan aku berjumpa dengan Ina, di sana Ina telah menungguku bersama seorang kawannya' Milah(Si petah berkata-kata). Aku dapat melihat dari jauh wajah Ina yang berubah ceria. "Ina terima kasih menyambut kedatanganku yang serba sederhana ini dengan kecerianmu sayang, bahagia sekali hatiku ini...." Bisik hatiku.
Aku terus berjalan mendapatkannya, kawanku menuruti dari belakang. Bicara pertamaku adalah merenung raut si dia yang mungkin pada wajahnya itu ada sesuatu keresahan di sebalik keceriaan tadi. Adakah rindunya padaku makna tersirat pada rautnya itu? Benar dan memang sebenarnya, matanya memang menawan; kening yang lebat di bahagian atas mata elok bentuknya, bentuk mata yang sederhana bujur-bulat bak 'hazelnut' melengkapkan kesempurnaan bahgian matanya, dan bulu matanya yang sedikit panjang serta lentik membuatkan diriku ini kaget seketika merenungnya. Mukanya agak kemerah-merahan diselubungi rasa malu. Comelnya sayang. Kami semua makan sambil berborak-borak. Kawanku ini agak kecoh orangnya, dan 'sebulu' jugalah dengan kawan Ina. Jadi, aku melihat leka sekali mereka berbual-bual yang duduk di bangku bersebelahan. Sedang Ina berkata-kata, aku juga asyik memandangnya. Aku juga turut melayani bicaranya dan memberitahunya sesuatu yang berkaitan dengan hubungan kami.Wow, romantiknya. Cuaca pun macam mendung dari tadi tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hujan akan turun. Halaman persekitaran kem dipenuhi dengan elemen tumbuh-tumbuhan kehijauan dan bunyi-bunyian semula jadi hutan. Keadaan lokasi tempat itu agak jauh di pedalaman serta dibangunkan di kawasan yang agak tinggi pada paras bukit. Kami dapat merasakan sendiri suasana itu yang bagaikan menyambut kami ini dengan semua itu. Kehangatan cinta Ina dapat aku merasainya sama sekali. Terima kasih sayangku Ina............................

Friday, January 14, 2011

surat 'my besday' daripada Ina....shuke3....

Hari ini kan hari jadi aku, bagaimana pun Ina tersayang tidak dapat berada di sisi, faham aje, Ina ada tugas. Akan tetapi hati ini merinti kesedihan mengharapkan pertemuan dengannya sebagai harga suatu hadiah yang paling bermakna buat diri ini pada hari jadi ku kali ini.Apakan daya semua itu sudah lumrah dan takdir.Bagaimana pun, hati ini terus berdoa agar dirimu, Ina sejahtera dengan tugasmu di sana,'jangan nakal2 tau sayang, i jelous sangat3, Ina kan sayang i.....'Hmmmmmmm', surat di atas? Sebelum aku datang ke tempatku ini, pertemuanaku di sebuah pasaraya dengan Ina, dia telah menghulurkan dua kertas terus kepadaku.Aku mendapatkannya, dingin sungguh bila ku menyentuh helaian itu, bicara Ina kepadaku,"sayang, sayang bukak kertas yang berlipat itu masa birthday sayang tau, ingat sayang!"fuh manja betol Ina sorang ni.Shuke3.Genap angka2 pada skrin jam aku ini, menunjukkan tibanya waktu itu, aku terus membuka lipatan kertas itu, hati berbunga2 di saat itu walau pada tika itu aku berada di luar tempat pengajianku kerana hajat di hati ingin meluangkan masa untuk menyambut hari jadiku ini.Bagiku bukan itu yang aku tunggu2,tetapi helaian kertas putih Ina itu menjadi penantianku sudah beberapa minggu yang lalu.Aku mengulangi tiap2 perkataan dan baris2 yang ada pada kertas tersebut, lalu aku mula diserbu rasa pilu dan syahdu, diri Ina mula bermain-main dalam kotak pemikiranku ini.Ina meluahkan sesuatu kepadaku di dalam warkahnya itu, tergamam aku ketika membaca lafaz cinta sejatinya terhadapku. Ingin saja aku melaungkan di hadapan kawan2 aku itu bahawa AKU TERLALU MENYAYANGI DAN MENCINTAI DIRIMU SAYANGKU INA.............

Thursday, January 13, 2011

episod 6

"Aduhai si pari-pari, jika ku melihat mu dalam visual-visual pada skrin televisyen atau kadang-kadangnya pada komputer ribaku, oh sungguh bertuah sesiapa yang dapat mendampingimu, bukan sahaja dapat melihat dirimu yang saban masa dikaitkan dengan kesempurnaan rupa wajah, malah si pari-pari juga bisa menghulurkan bantuan pada waktu seseorang itu dalam kesulitan, seandainya itulah rupa parasmu, diriku ini masih tidak tergugat untuk selalu melihat si dia, 'girl' yang sudah pun mula aku sayangi; jika itulah kemampuanmu, tolonglah diriku agar dapat diriku ini bersamanya selalu....." Bisik hatiku, di kala fikiranku mula tertumpu pada si dia.
        Hari berganti hari dan waktu yang aku tertunggu-tunggu untuk bercuti akan tiba dalam seminggu lagi. Wah, aku sangat gembira. Hati ini girang sekali. Jiwa melonjak-lonjak kesenangan. Sejak akhir-akhir ini, aku sendiri pun tidak berapa pasti apakah yang sedang bermain di dalam hati ini, dapat aku rasakan amukan rasa gemuruh terus menghentam jiwa ini, aku tidak lagi tenang di sini. Aku ingin segera pulang untuk bersua dengan keluargaku dan tidak lupa juga untuk beraya dengan si dia yang cantik jelita. Sebenarnya pusat pengajianku ini terletak di kawasan Bangi, Selangor dan sekarang ini umat islam sedang menjalani ibadat puasa selama sebulan dan jika dicongak balik, tinggal beberapa hari lagi tirai ramadhan ini akan melabuhkan tirai \keberkatannya.
        Pada saat-saat akhir begini, aku juga turut meluangkan masa petangku untuk melewati keriuhan di bazar-bazar ramadhan yang berdekatan dengan tempat aku bermastautin. Dalam pada itu aku juga turut melangkah ke kedai-kedai pakaian dan juga butik di dalm beberapa pasaraya di kawasan ini, sudah lama aku tidak merasakan saat-saat begini, walau hanya merasanya tanpa keluarga di sisi. Aku melihat ramai si kecil bersama-sama ibu bapanya, merengek-rengek dalam memilih sepersalinan buat hari suci itu, kemudiannya, terdetik di hati lelaki ku ini, "Wow, bahagianya mereka, dapatkah aku akan merasa kehangatan cinta dan hubungan seperti itu di samping ina.....?" sedikit rasa cemburu mula menyelinap ke seluruh tubuhku, "Argggghhh, cukup sudah, asyik berangan je aku ni!" Aku mula memalingkan fikiranku.
      Sedang aku berjalan mundar-mandir, aku terfikir, ada baiknya aku membeli buah tangan untuk si dia sebagai hadiah pertemuan yang pertama. Aku gembira. Namun begitu, aku tidak dapat meneruskan niat itu dek kerana tubuhku yang sebatang kera ini mula merasakan letih yang amat sangat, langkah longlai disusun tidak sekata menuju ke kenderaan bertayar empat; maklumlah, 'puasa ikhlas'. Tiba-tiba aku berada di suatu taman yang agak sunyi, perkarangannya sungguh indah bagaikan 'taman-taman syurga', dihiasi dengan kuntuman bunga yang bewarna seakan-akan lembut pada pandangan, bunyi sayup-sayup kicauan burung dari jauh melengkapkan satu suasana yang cukup romantis.Akan tetapi, aku berfikir, pendek kata 'akal Mat Jenin', jika ada Si Romeo di sini, mana perginya Si Juliet?
       Aku mula bosan di situ. Bagaikan ada yang menyuruhku untuk bersuara, lalu aku suaraku keluar dengan merdu menyanyikan lagu-lagu bermelodikan seakan-akan melankolik serta mendayu-dayu, aku bagaikan tidak percaya dengan semua ini.Tiba-tiba ada yang turut sama bernyanyi, aku mula kaget.Selepas itu aku memberanikan diri untuk menoleh ke semua arah untuk mengetahui dari manakah datangnya suara merdu dan misteri itu. Di celah-celah pokok dapat ku lihat semakin jelas, ada seorang perempuan yang sedang melankah perlahan sambil mengalunkan laguku tadi, dalam jarak yang agak dekat aku dapat ,melihat dirinya. Alangkah gembiranya diri ini,'bagaikan bulan jatuh ke riba'; Ina, si dewi hatuku sudah tercegat di hadapanku. Rinduku mula terubat.
        Dalam masa yang sama, aku terus meninggalkan tempat dudukku dan mendapatkannya, lalu aku memeluknya sambil menahan air mata yang mencurah-curah keluar seakan tidak akan berhenti, dirinya turut begitu. Aku dapat merasakan kehangatan tubuhnya lalu aku merasakan bagaikan rasa sayangnya terhadapku mula menyusur ke seluruh urat sarafku dan bagi aku, ingin melihat aku si dia turut merasa dirinya sangat disayangi serta saat itu dapat membuatnya tenang dan merasakan bahang cintaku ini terhadapnya. Dari jauh, aku mendengar ada seseorang memanggil-manggil namaku. Semakin lama, semakin dekat dan kuat suaranya. Aku juga merasakan batang tubuhku ini digoyang-goyang.Aku mula pelik dan bermonolog buat seketika. Rupa-rupanya, saat indah itu tadi adalah hanya satu mimpi.
       Aku menanti hari esok, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kota raya ini buat seketika kerana musafir ini ingin pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut lebaran kali ini dengan penuh bermakna. Di samping itu, ingin mengambil sedikit masa pada hari raya nanti agar dapat aku berjumpa dan beraya di rumah 'bakal mertua'. Sekiranya aku dapat sampai ke rumah itu, saat itu adalah kali pertama aku melihat dirinya secara bersemuka. Sebelum ini, aku hanya menatap wajah ayu itu hanya pada skrin telefon bimbitku sahaja.
      Hari untuk pulang sudah tiba. "Oh....Oh.....Oh.....balik kampung.....!!!" Girang sekali hati ini."Sayangku, Ina, tunggu tau pangeranmu ini pasti akan pergi bertemu dengan mu, tunggu ya sayang, kejap je lagi......"

   

Monday, January 10, 2011

kembali.......

sudah lama tidak ku bermadah dan berceloteh mahu pun berseloroh lembut di laman ini, harap2 selepas ini akan aku terus menyusun apa yang ada di dalam kepala ini agar dapat ku persembahkan semua itu dalam bentuk penulisan ku ini....
munkin akan sambung episod2 kisah cinta y lalu dalam sudut ku ini agar dapat ku longsi sesuatu dengan si pembaca sekiranya ada.hu3....kesepian selama ini munkin disebabkan aku banyak menyibukkan diri dengan si dia y amat ku cintai iaitu, my wife-to-be....hu3...

Saturday, January 8, 2011

....kadang2 kan syg, walau dirimu dapat melihat sedikit senyuman, munkin itu hanya senyuman buat dirimu untuk tenang walau diri ini dpt mmbaca y dikau telah mengerti kesedihanku selagi dirimu tidak disampingku....tapi kan syg, jgn sedih tau, coz diri ni nak tau n tengok syg happy je...kalau ada pape kan, kite kongsi, agar walau apa pom mslh y syg hadapi, sekiranya kita bersama mengharunginya, sebenarnya d situlah ada masa2 y indah untuk kita, jika ada lagi kata2 sehebat drp 'SAYANG' utk ku ucapkan kepadamu, tiada saat untuk ku lengahkan untuk ku hulurkannya walau sejuta kali ku ulanginya.....ingin ku bisikan pada mu yang diri ini akan menjadi pangeran cinta sebenar buatmu si kekasihku, sygku Ina...........aku sayang bangat sama kamu Ina...............