Friday, January 28, 2011
secebis bingkisan ke i-city.....namun,"di manakah Ina ku?" hatiku merintih untuk bersamanya....
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 1:15 PM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
Kebahagiaan yang selama ini ku dambarkan.......
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 10:19 AM 0 comments
Sunday, January 23, 2011
Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG2
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 2:44 AM 0 comments
Saturday, January 22, 2011
Agak sedih apabila melangkah tanpa si Dia di sisi.......(Kolmar)-BHG1
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 9:03 PM 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
episod 8
"Bicara terus aku berbicara walau hanya pada suara hati ini, pada keheningan pagi ini, sememangnya aku tidak ingin melepasakan untuk menghayati perjalanan si matahari di ufuk timur yang mula menampakkkan bulatan penuhnya yang menyerakkan lautan cahaya ke hampir seluruh salah satu kutub ketimuran ini, sesungguhnya jika direnungkan dengan mata hati, terdapat jutaan misteri di sebalik kejadian ini, Maha Agung kekuasaanMu Ya Tuhanku Allah s.w.t., pintalan awan di bentangan langit yang luas seakan-akan ingin melakar sesuatu yang mungkin dapat melemparkan jutaan persoalan ke dalam kotak-kotak pemikiran para 'pendeta'. Deria penglihatanku terus melilau ke serata penjuru ke mana sahaja selagi pandangan ini mampu mencapainya, apa yang dapatku lihat adalah kehijauan alam semula jadi di belakang teratak nenek dan datukku di sebuah kampung.Si ayam mula keluar dari tempat lelapnya, burung-burung mula beterbangan dan kelihatan dari jauh para pembanting kampung yang setia dengan kesederhanaan kerjanya. Sungguh tenang, setenang air di kolam; sungguh damai, sedamai sepoian angin di kala senja, sungguh harmoni, seharmoni alunan semula jadi hutan rimba, dan sungguh peramah warganya, semuanya sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain......Ina, dapatkah coretan hatiku ini menjadi sesuatu realiti antara kita berdua pada suatu hari nanti, melewati masa-masa indah seperti itu walau terkadang ada keadaan itu munkin bersilih ganti dengan saat yang menyedihkan; apa pun Ina, diri ini percaya bahawa walau apa merintangi hubungan kita ini walau seakan-akan setinggi gunung, sebengis Si Naga(buaya darat), serta seluas lautan; kita akan tetap bersama, 'kan sayang? sayang, betulkan? sayang cakaplah, sayangku Ina kenapa nampak macam muram je ni? jangan sedih i tanya begitu, bukan kesangsian ada pada hati ini untukmu sayang tetapi diri ini lega apabila kata-kata sayangmu terhadapku selalu diunkapkan, ok sayang, kita akan terus bersama, kan sayang? mari sini i tolong lapkan air mata itu, mari sayang.............' Seumpama mimpi dalam mimpi." Khayalanku mati.
Setelah aku menghabis sedikit waktu bersama Ina di rumahnya semalam, aku terus melewati masa-masa malamku di rumah kedua nenek dan datukku di kampung yang terletak kira-kira 20km dari kediamanku. Bayangan senyuman dan sedikit hilai-tawa Ina mula berlegar-legar di fikiranku ini ketika di sampingnya semalam. Sungguh kuat penangan pertemuan pertamaku dengan Ina sehinggakan khayalan bersamanya terbawa-bawa ke dalam lenaku.
Hari raya ke-2 sehinggalah seterusnya adalah tidak ubah seperti hari-hari biasa yang aku lalui sebelum ini di rumah. Kehadiran Ina sebagai 'sang puteri' dalam hidupku ini mengukir seribu ukiran maya indah bagiku dan memberikan makna yang sebelum ini tidak pernah muncul dalam diri ini. Walaupun hanya berkata-kata tanpa bersua muka, bermanja-manja melalui gurauan tawamu, dan terkadang bisikan cintamu terhadapku membawaku seolah-olah melakar sebuah episod cinta 'sang putera dan sang puteri'. Kata orang-orang tua, biasalah kalau dua 'merpati' yang baru kenal, semuanya indah; pandangan bagaikan dipukau-pukau, mana tidaknya, ke mana sahaja kita pergi, kita merasakan si dia bagaikan memerhatikan kita di sekeliling itu; hemahnya: "orang sedang bercinta, semuanya indah".
Bagiku, muak untuk aku mendengar kata-kata begitu yang berbaur nilai sindiran walaupun antonasi dan lentok melodi percakapan agak sopan. Peribahasa ada mengungkapkan, 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang, apa boleh buat' di samping ada pepatah Arab yang memberi gambaran betapa 'sial' Si mulut becok, iaitu 'lidah manusia itu adalah lebih tajam dari mata pedang'. Aku terus memalingkan fikiranku ini ke sesuatu yang lebih positif agar hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih tenang, terutamanya apabila bersama Ina melalui telefon.
Sejak dari pertemuan pertama itu, aku selalu menghabiskan masa cuti raya aidilfitri ini yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini dengan bermesra dan pendek kata 'bermanja' dengan Ina melalui mesej pesanan ringkas, jaringan panggilan telifon, serta tidak ketinggalan juga laman sosial yang agak masyhur di seluruh pelusuk dunia ini,Facebook. Dalam paada itu, niatku untuk bersemuka dengan si cantikku itu ,sebelum aku berangkat ke tempat pengajianku,akhirnya tercapai setelah Ina menerima baik ajakkanku itu. Terima kasih sayangku, Ina.
-16 SEPTEMBER 2010-
Ada apa pada tarikh keramat 16 September 2010 tu.....?
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 5:05 AM 0 comments
Monday, January 17, 2011
episod 7
'Adik oh adik bangun dik....' Ada suara yang bagaikan sedang memanggil-manggilku sayup kedengaran, semakin lama, semakin dapat aku merasakan suara itu semakin dekat dan kuat.'Apa ni, jangan kacau saya, saya letih sangat ni.' Tidak lama kemudian aku mendengar ada beberapa suara yang aku tidak mengecam pemiliknya yang sedang berbual-bual, aku dapat merasakan aku menjadi topik perbualan itu. Mata sukar untuk dibuka. Aku sangat keletihan. Selang beberapa minit mataku celik, aku melihat di sekelilingku dengan cahaya yang berbalam-balam dan agak malap serta kekuning-kuningan. Sebelum itu aku memang tidak sedarkan diri langsung dek terlalu keletihan, dan apabila aku separuh sedar aku tidak dapat mengingati di manakah aku berada. Kemudian aku dapat melihat dua orang dalam lingkungan 40-an berada di tepi tempat dudukku. Mereka mendekatiku, "dia sudah bangun." Kawannya menjawab, "suruhlah budak tu....."
Sebenarnya aku berada di dalam sebuah bas ekspres menuju ke negeriku, dua orang tadi adalah pemandu bas yang mengejutku kerana bas telah selamat sampai di destinasiku. Dari tempat itu, kedua-dua ibu bapaku datang menjemputku untuk pilang, Aku amat gembira kerana dapat melangkah pulang ke rumahku lagi. Hari ini adalah hari terakhir bagi melenkapkan bulan Al-Mubaral ini. Kami sekeluarga pergi ke rumah datuk untuk menikmati juadah buka puasa bersama-sama saudara-mara yang lain. Sungguh meriah pada saat selepas azan magrib dilaungkan pada hari itu, kami dapat bertemu muka antara satu sama lain setelah lama tidak bersua dek kerana sibuk dengan hal masing-masing.
Harinya telah tiba, setelah usai solat subuh aku pergi mendapatkan telefonku, ada beberapa mesej daripada 'puteri kesayanganku', Ina. Ada sedikit pesanan: jangan lupa solat sunat hari raya, jangan lupa bersalam-salaman dengan sanak-saudara dan senyum selalu di hari bahagia ini. Aku tersenyum sendirian. Pesanan ringkas itu membuatku terasa cara dia mengingatkanku itu seakan-seakan berbaur alunan suaranya yang manja dan bagaikan memujukku sesuatu. Kemanjaan dan keayuannya sudah cukup membuat hati lelakiku ini luluh dan simpati akan kehendaknya. "Sayangku, Ina dirimu begitu indah buatku ini...."
Hari raya kali ini macam seperti biasa, semua berjalan seperti hari raya sebelumnya. Bila difikirkan balik, raya sekarang ini semakin bosan pada waktu petangnya.
Selepas waktu Zohor, tanganku ini 'gatal' aje menelefon kawanku untuk bersama pergi beraya di rimah Ina. Dia bagaikan mengerti amukan rasa rindu dalam diriku ini terhadap Ina lalu bersetuju menemaniku ke sana. Wah, terasa diri begitu bahagia! Dalam perjalanan hatiku melonjak-lonjak tidak sabar bersua dengan yang tersayang. Jari-jemariku sibuk dengan menekan-nekan 'button' telefonku ini, kami mengirim-balas mesej.
Sesampainya aku di 'teratak' Ina, aku mula bedebar-debar, maklumlah pertemuan pertama antara aku dan Ina. Setelah mendengar suara memberi salam, aku melihat seseorang datang ke arah pintu dan semakin dekat semakin jelas rupanya, kepalaku mula membuat perkiraan yang menyatakan dia itu adalah SAYANGku INA. Dalam beberapa saat sahaja aku kaget, mata terus tertancap pada dia tadi, 'wow!', memang tidak salah lagi bahawa gadis yang berdiri di hadapanku ini adalah Ina. Ina sebenarnya lagi cantik dan ayu berbanding dengan gambarnya sendiri di laman sosial 'Facebook'. Ina menjemput kami ke ruang tamu.
Hatiku berbisik liar, mana munkin aku akan mendapatkan Ina sebagai teman perempuanku yang istimewa, diriku mula merasakan serba tidak kena, ribuan persoalan menghentam kotak pemikiranku ini, jiwa mula gundah-gulana, risau diri ini tidak dapat diterima walau sebagai sahabat handai. Di rumahnya, aku dan dua kawanku melabuhkan pungggung di atas sofa dan dijemput ke ruangan makan untuk menjamah juadah hari raya yang dimasak oleh 'umi' dan kakaknya. Aku mengambil tempat paling rapat dengan Ina agar dapat aku merenung wajah indahnya itu dengan lebih dekat. Putih gebu kulitnya. Sambil makan, aku tidak lupa 'control macho' agar penampilanku yang pertama ini di hadapannya memberikan nilai positif kepada hemah Ina nanti. Kami berbual-bual rancak tidak menyedari siang mula merangkak pergi dan malam sebagai pengganti. Pada akhir perbualan antara aku dan Ina, kami mengeluarkan topik tentang 'cinta'. Sejurus itu aku menyusun langkah keluar dengan tenang lalu meninggalkan perkarangan rumah Ina. Menerusi skrin kereta belakang, aku melihat Ina sedang berdiri sambil melihat kereta ini berlalu pergi.
(kini: "Ina, pada saat itu sayang sedih ke? kerana i dapat tengok ada kerut kesayuan pada wajah Ina.....")
Ina, bermula dari detik-detik itu hati lelakiku ini terus mendambarkan kehadiranmu ke dalam hidupku ini......
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 1:48 AM 0 comments
Sunday, January 16, 2011
Melewati hujung mingguku bersama Ina.....
Niat di hati sememangnya ingin bertemu dengan Ina di plkn, sejak langkah Ina menaiki anak-anak tangga bas lagi sebelum berangkat ke kem tersebut. Akan tetapi, aku terfikir, macam tidak logik je idea tu, mana tak nya, jarak tempat pengajianku dengan kem itu agak jauh, kira-kira 200 hingga 300 km.
Walaupun begitu, seminggu yang lalu permintaanku untuk meminjam kereta kawanku,'amiradli' telah tertunai lalu aku dapat bayangkan niatku untuk sampai ke kem itu akan tercapai. Aku ke sana bersama salah seoran kawan aku, 'kimin', sporting orangnya. Kereta itu ku memandunya dengan cermatnya, masuk ke kawasan plkn itu lalu membawa haluan ke tempat daftar, kad pengenalan ku adalah sebagai suatu jaminan daripadaku untuk pihak plkn,dan status pelawat diriku ini hanya tertulis pada satu kad yang diberikan kepadaku. Setelah selesai memakir kereta dalam tapak pakir, di hadapannya terdapat tempat pendaftaran para pelawat, setelah selesai melengkapkan butiran asas sebagai pelawat di dalam sebuah buku log yang telah rapi disediakan, aku di terjah dengan beberapa soalan daripada beberapa kakitangan yang bertanggungjawab di sudut itu. Aku terus bermain dengan cara halus agar dapatku pikat fikiran-fikiran 'si burung-burung candik'(pegawai plkn) itu. Senyuman dilemparkan terus tepat ke arah mereka, mata ceria melihat menjurus ke dalam anak mata mereka, setiap pergerakkanku dihitung disusun mengikut yang sebenarnya, gaya persembahan diri di hadapan mereka terus ku jaga, agar muslihat aku: aku mewatakkan diri ini sebagai sepupu kepada Ina menjadi. Dengan lentok melodi percakapan yang sopan dan teratur serta lontaran setiap kata-kata yang lembut, penuh merendah diri, pegawai-pegawai itu bersetuju membenarkan aku berjumpa dengan Ina, di sana Ina telah menungguku bersama seorang kawannya' Milah(Si petah berkata-kata). Aku dapat melihat dari jauh wajah Ina yang berubah ceria. "Ina terima kasih menyambut kedatanganku yang serba sederhana ini dengan kecerianmu sayang, bahagia sekali hatiku ini...." Bisik hatiku.
Aku terus berjalan mendapatkannya, kawanku menuruti dari belakang. Bicara pertamaku adalah merenung raut si dia yang mungkin pada wajahnya itu ada sesuatu keresahan di sebalik keceriaan tadi. Adakah rindunya padaku makna tersirat pada rautnya itu? Benar dan memang sebenarnya, matanya memang menawan; kening yang lebat di bahagian atas mata elok bentuknya, bentuk mata yang sederhana bujur-bulat bak 'hazelnut' melengkapkan kesempurnaan bahgian matanya, dan bulu matanya yang sedikit panjang serta lentik membuatkan diriku ini kaget seketika merenungnya. Mukanya agak kemerah-merahan diselubungi rasa malu. Comelnya sayang. Kami semua makan sambil berborak-borak. Kawanku ini agak kecoh orangnya, dan 'sebulu' jugalah dengan kawan Ina. Jadi, aku melihat leka sekali mereka berbual-bual yang duduk di bangku bersebelahan. Sedang Ina berkata-kata, aku juga asyik memandangnya. Aku juga turut melayani bicaranya dan memberitahunya sesuatu yang berkaitan dengan hubungan kami.Wow, romantiknya. Cuaca pun macam mendung dari tadi tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hujan akan turun. Halaman persekitaran kem dipenuhi dengan elemen tumbuh-tumbuhan kehijauan dan bunyi-bunyian semula jadi hutan. Keadaan lokasi tempat itu agak jauh di pedalaman serta dibangunkan di kawasan yang agak tinggi pada paras bukit. Kami dapat merasakan sendiri suasana itu yang bagaikan menyambut kami ini dengan semua itu. Kehangatan cinta Ina dapat aku merasainya sama sekali. Terima kasih sayangku Ina............................
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 7:26 AM 0 comments
Friday, January 14, 2011
surat 'my besday' daripada Ina....shuke3....
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 10:50 PM 0 comments
Thursday, January 13, 2011
episod 6
"Aduhai si pari-pari, jika ku melihat mu dalam visual-visual pada skrin televisyen atau kadang-kadangnya pada komputer ribaku, oh sungguh bertuah sesiapa yang dapat mendampingimu, bukan sahaja dapat melihat dirimu yang saban masa dikaitkan dengan kesempurnaan rupa wajah, malah si pari-pari juga bisa menghulurkan bantuan pada waktu seseorang itu dalam kesulitan, seandainya itulah rupa parasmu, diriku ini masih tidak tergugat untuk selalu melihat si dia, 'girl' yang sudah pun mula aku sayangi; jika itulah kemampuanmu, tolonglah diriku agar dapat diriku ini bersamanya selalu....." Bisik hatiku, di kala fikiranku mula tertumpu pada si dia.
Hari berganti hari dan waktu yang aku tertunggu-tunggu untuk bercuti akan tiba dalam seminggu lagi. Wah, aku sangat gembira. Hati ini girang sekali. Jiwa melonjak-lonjak kesenangan. Sejak akhir-akhir ini, aku sendiri pun tidak berapa pasti apakah yang sedang bermain di dalam hati ini, dapat aku rasakan amukan rasa gemuruh terus menghentam jiwa ini, aku tidak lagi tenang di sini. Aku ingin segera pulang untuk bersua dengan keluargaku dan tidak lupa juga untuk beraya dengan si dia yang cantik jelita. Sebenarnya pusat pengajianku ini terletak di kawasan Bangi, Selangor dan sekarang ini umat islam sedang menjalani ibadat puasa selama sebulan dan jika dicongak balik, tinggal beberapa hari lagi tirai ramadhan ini akan melabuhkan tirai \keberkatannya.
Pada saat-saat akhir begini, aku juga turut meluangkan masa petangku untuk melewati keriuhan di bazar-bazar ramadhan yang berdekatan dengan tempat aku bermastautin. Dalam pada itu aku juga turut melangkah ke kedai-kedai pakaian dan juga butik di dalm beberapa pasaraya di kawasan ini, sudah lama aku tidak merasakan saat-saat begini, walau hanya merasanya tanpa keluarga di sisi. Aku melihat ramai si kecil bersama-sama ibu bapanya, merengek-rengek dalam memilih sepersalinan buat hari suci itu, kemudiannya, terdetik di hati lelaki ku ini, "Wow, bahagianya mereka, dapatkah aku akan merasa kehangatan cinta dan hubungan seperti itu di samping ina.....?" sedikit rasa cemburu mula menyelinap ke seluruh tubuhku, "Argggghhh, cukup sudah, asyik berangan je aku ni!" Aku mula memalingkan fikiranku.
Sedang aku berjalan mundar-mandir, aku terfikir, ada baiknya aku membeli buah tangan untuk si dia sebagai hadiah pertemuan yang pertama. Aku gembira. Namun begitu, aku tidak dapat meneruskan niat itu dek kerana tubuhku yang sebatang kera ini mula merasakan letih yang amat sangat, langkah longlai disusun tidak sekata menuju ke kenderaan bertayar empat; maklumlah, 'puasa ikhlas'. Tiba-tiba aku berada di suatu taman yang agak sunyi, perkarangannya sungguh indah bagaikan 'taman-taman syurga', dihiasi dengan kuntuman bunga yang bewarna seakan-akan lembut pada pandangan, bunyi sayup-sayup kicauan burung dari jauh melengkapkan satu suasana yang cukup romantis.Akan tetapi, aku berfikir, pendek kata 'akal Mat Jenin', jika ada Si Romeo di sini, mana perginya Si Juliet?
Aku mula bosan di situ. Bagaikan ada yang menyuruhku untuk bersuara, lalu aku suaraku keluar dengan merdu menyanyikan lagu-lagu bermelodikan seakan-akan melankolik serta mendayu-dayu, aku bagaikan tidak percaya dengan semua ini.Tiba-tiba ada yang turut sama bernyanyi, aku mula kaget.Selepas itu aku memberanikan diri untuk menoleh ke semua arah untuk mengetahui dari manakah datangnya suara merdu dan misteri itu. Di celah-celah pokok dapat ku lihat semakin jelas, ada seorang perempuan yang sedang melankah perlahan sambil mengalunkan laguku tadi, dalam jarak yang agak dekat aku dapat ,melihat dirinya. Alangkah gembiranya diri ini,'bagaikan bulan jatuh ke riba'; Ina, si dewi hatuku sudah tercegat di hadapanku. Rinduku mula terubat.
Dalam masa yang sama, aku terus meninggalkan tempat dudukku dan mendapatkannya, lalu aku memeluknya sambil menahan air mata yang mencurah-curah keluar seakan tidak akan berhenti, dirinya turut begitu. Aku dapat merasakan kehangatan tubuhnya lalu aku merasakan bagaikan rasa sayangnya terhadapku mula menyusur ke seluruh urat sarafku dan bagi aku, ingin melihat aku si dia turut merasa dirinya sangat disayangi serta saat itu dapat membuatnya tenang dan merasakan bahang cintaku ini terhadapnya. Dari jauh, aku mendengar ada seseorang memanggil-manggil namaku. Semakin lama, semakin dekat dan kuat suaranya. Aku juga merasakan batang tubuhku ini digoyang-goyang.Aku mula pelik dan bermonolog buat seketika. Rupa-rupanya, saat indah itu tadi adalah hanya satu mimpi.
Aku menanti hari esok, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kota raya ini buat seketika kerana musafir ini ingin pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut lebaran kali ini dengan penuh bermakna. Di samping itu, ingin mengambil sedikit masa pada hari raya nanti agar dapat aku berjumpa dan beraya di rumah 'bakal mertua'. Sekiranya aku dapat sampai ke rumah itu, saat itu adalah kali pertama aku melihat dirinya secara bersemuka. Sebelum ini, aku hanya menatap wajah ayu itu hanya pada skrin telefon bimbitku sahaja.
Hari untuk pulang sudah tiba. "Oh....Oh.....Oh.....balik kampung.....!!!" Girang sekali hati ini."Sayangku, Ina, tunggu tau pangeranmu ini pasti akan pergi bertemu dengan mu, tunggu ya sayang, kejap je lagi......"
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 1:39 AM 0 comments
Monday, January 10, 2011
kembali.......
sudah lama tidak ku bermadah dan berceloteh mahu pun berseloroh lembut di laman ini, harap2 selepas ini akan aku terus menyusun apa yang ada di dalam kepala ini agar dapat ku persembahkan semua itu dalam bentuk penulisan ku ini....
munkin akan sambung episod2 kisah cinta y lalu dalam sudut ku ini agar dapat ku longsi sesuatu dengan si pembaca sekiranya ada.hu3....kesepian selama ini munkin disebabkan aku banyak menyibukkan diri dengan si dia y amat ku cintai iaitu, my wife-to-be....hu3...
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 9:12 AM 0 comments
Saturday, January 8, 2011
Posted by Le gaRç0n sEuL... at 1:56 AM 0 comments